SEJARAH KEGATALAN ANWAR TIDAK MUDAH DILUPAKAN
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
DIALAH ANWAR IBRAHIM BEKAS MENTERI PENDIDIKAN YANG TIDAK PERNAH BERJUANG MENGHAPUSKAN YURAN SEKOLAH.
DIALAH ANWAR IBRAHIM YANG TIDAK PERNAH MENURUNKAN HARGA PETROL DIZAMAN DIA MENJADI MENTERI KEWANGAN
DIALAH ANWAR IBRAHIM YANG MENGAGIHKAN SAHAM KEPADA KRONI SEWAKTU MENJADI TPM
DIALAH ANWAR YANG MENGANUGERAHKAN KEKAYAAN KEPADA ADIK BERADIKNYA DAN BAPA MERTUANYA.
DIALAH ANWAR YANG MENAIKI MIMBAR DAN MEMBOHONGI RAKYAT.
DIALAH ANWAR YANG SEWAKTU MENJADI TPM TERSANGAT SUKAKAN HEDONISME DAN MENARI DENGAN ANAK GADIS YANG COMEL DAN TANPA SEGAN SILU MENYENTUH BUKAN MAHRAMNYA.
DIALAH ANWAR YANG MENYATAKAN BAHAWA UMNO MEMFITNAHNYA,SEDANGKAN DIA MEMANG BENAR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH.
YANG PASTINYA,DIALAH ANWAR YANG MUNAFIQQUN...
Tuesday, January 15, 2008 |
SIAPA YANG MENAJA PKR
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
SATU KENYATAAN BENAR
Eksklusif: 10 juta poster Anwar diagihkan hujung bulan ini
Monday, 07 January 2008
Oleh Wartawan KLpos.com
PULAU PINANG: 10 juta. Itulah jumlah poster pilihanraya gambar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan disebarkan di seluruh Malaysia hujung bulan ini. Bukan hanya poster, bahkan PKR siap untuk mengagihkan banners, T shirt, buttons, pelekat kereta dan air mineral kepada semua bahagian-bahagian tumpuan parti itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR, Azmin Ali.
ULASAN :
BAYANGKANLAH KOS UNTUK POSTER 10 JUTA, T SHIRT, BUTTONS DAN PELBAGAI LAGI.SEMUANYA BERNILAI LEBIH DARIPADA RM 10 JUTA. BANYAK WANG PKR.PERSOALANNYA DARI MANA MEREKA MEMPEROLEHI WANG SEBANYAK ITU?APAKAH WANG INI SIMPANAN DSAI HASIL MEROMPAK WANG RAKYAT SEWAKTU MENJADI TPM? ATAU PKR MENERIMA PEMBIAYAAN LUAR KHUSUSNYA DARI AMERIKA SEBAGAIMANA DIDEDAHKAN OLEH LOKMAN ADAM.SAH PKR DALANG AMERIKA.
Monday, January 14, 2008 |
PRESIDEN PKR MENGHINA RAKYAT PULAU PINANG
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Mudah Sangat Wan Azizah Menyerahkan Tangannya Untuk Di Pegang.Entahlahhh.....
Wan Azizah Meniti Hari Tuanya Tanpa DSAI"50 tahun berjudi undi BN, sudahlah", kata Presiden PKR
Sumber : KL Pos
Monday, 14 January 2008
Oleh Zulkifli Mohamed
PERMATANG PAUH: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa rakyat jangan memperjudikan masa depan negara dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Sudahlah, telah 50 tahun rakyat memperjudikan masa depan negara, sudahlah,” katanya mengulas kenyataan Abdullah Ahmad Badawi yang meminta rakyat jangan perjudikan nasib kerana mengundi pembangkang.“Mengundi BN, itulah yang bermaksud memperjudikan nasib,” jelasnya.
Menurut Azizah mengundi pembangkang bukan bermaksud perjudikan nasib,tetapi bagi membentuk sebuah kerajaan adil,telus dan saksama untuk semua kaum.Jelas Azizah rakyat mempunyai pilihan untuk memilih sebuah kerajaan baru yang mempunyai hala tuju lebih baik dan cekap.
“Sudahlah, telah 50 tahun rakyat memperjudikan masa depan negara, sudahlah,” katanya mengulas kenyataan Abdullah Ahmad Badawi yang meminta rakyat jangan perjudikan nasib kerana mengundi pembangkang.“Mengundi BN, itulah yang bermaksud memperjudikan nasib,” jelasnya.
Menurut Azizah mengundi pembangkang bukan bermaksud perjudikan nasib,tetapi bagi membentuk sebuah kerajaan adil,telus dan saksama untuk semua kaum.Jelas Azizah rakyat mempunyai pilihan untuk memilih sebuah kerajaan baru yang mempunyai hala tuju lebih baik dan cekap.
ULASAN :
Kenyataan Wan Azizah yang tidak adil. Bayangkanlah, seorang Presiden Parti Keadilan yang mengeluarkan kenyataan yang TIDAK ADIL.Inilah perkara pelik yang selalu berlaku di dalam PKR. Oleh kerana pemimpin mereka selalu perasan bahawa mereka sahaja yang memperjuangkan keadilan, maka semua kenyataan mereka adalah adil untuk rakyat Malaysia.Wan Azizah menjual undi bahawa memilih PKR bererti bakal memilih sebuah kerajaan yang mempunyai hala tuju yang baik dan cekap.Inilah pembohongan Wan Azizah. Sewaktu suaminya DSAI menjadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan TPM, urusan tadbir negara selalu berada di tahap kacau bilau. Anwar gagal melonjakkan ekonomi negara dan gagal juga menurunkan harga minyak dizamannya ke paras yang lebih rendah.Anwar juga gagal memberikan pendidikan secara percuma .Anwar sendiri tidak pernah berjuang atau menyuarakan kepada PM ketika itu untuk memberikan pendidikan secara percuma.Kita semua boleh menilai bagaimana kebanyakan projek awam tendernya diberikan kepada adik beradik beliau dan bapa Wan Azizah sendiri.Tiba-tiba mereka melaung dan menyalak bahawa mereka adil dan berjuang. Ibarat meludah kelangit.
Monday, January 14, 2008 |
PAS MENUDUH MELAYU PULAU PINANG TIDAK PRIHATIN:SATU PENGHINAAN TERHADAP MELAYU PULAU PINANG
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Hj Hadi terus menjadi manusia yang perasan dan tamakkan kuasa pemerintahan. PAS bukan ingin menegakkan Islam, tetapi mereka ini membolot dan merompak harta rakyat jika sepenggal mereka memerintah.Tulisan Mohd Sabri Said Mon Jan 14, 08 di dalam Harakah Daily(Wartawan Harakah)
"Semuanya ini berpunca daripada ketidakprihatinan terhadap isu berbanding kaum Cina dan India yang lebih terasa walaupun mereka diketogarikan bukan bumiputra"
"Tidak hairanlah kini orang Melayu di Pulau Pinang tidak prihatin sebaliknya lebih rela berpeluk tubuh melihat apa yang akan dan bakal berlaku. "
ULASAN :
Umumnya semua mengenali Mohd Sabri Said yang merupakan soldadu PAS di Pulau Pinang. Beliau telah lama bertugas sebagai wartawan lapangan Harakah dan mempunyai cita-cita besar di dalam mewarnai politik Pulau Pinang. Beliau sentiasa mengharapkan dirinya terpilih untuk mewakili PAS bagi mana-mana kerusi yang ingin dipertandingkan.Kenyataan Mohd Sabri seperti mewakili suara PAS Pulau Pinang. PAS Pulau Pinang secara terbuka menghina Melayu Pulau Pinang secara keseluruhannya. Oleh kerana Melayu Pulau Pinang tidak mahu mengikut kaum Cina dan India yang memasuki aliran politik pembangkang, maka Melayu Pulau Pinang dihina. Sungguh mudah PAS menghina Melayu Pulau Pinang.Orang Melayu Pulau Pinang perlu sedar, bahawa banyak lagi kenyataan kepimpinan PAS yang menghina Melayu seperti Melayu Pulau Pinang Tak Sedar Diri, Kaki Ampu dan sebagainya.Apakah ini nilai sebuah parti Islam yang membuat penilaian secara dangkal terhadap bangsanya sendiri?Masa untuk Melayu berubah memastikan semua kerusi Melayu di Pulau Pinang terus kekal di bawah UMNO.Melayu Pulau Pinang bijak membuat keputusan dan UMNO tidak pernah menghina bangsanya sendiri.
Monday, January 14, 2008 |
PKR BERJUANG MEMBAWA NEGARA ASING KE DALAM NEGARA
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
PKR SENTIASA MENGASUH AHLINYA UNTUK TERUS BERKELAHI SESAMA BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM
TENTU ANDA MENGENALI DIRINYA.....INILAH WAJAH IDOLA PERJUANGAN PKRSejak dari awal lagi saya telah terbayang bahawa PKR sekali lagi akan membuat masalah di dalam melicinkan prosiding perjalanan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes Pita Lingam.Agak terkejut apabila saya membaca kenyataan Sivarasa selaku Naib Presiden PKR yang mengharap agar keanggotaan Suruhanjaya Di Raja tersebut dianggotai oleh orang dari negara luar. Dengan kata lain, PKR memang dan beria-ia sangat ingin menjemput pengaruh asing dalam mana-mana jua proses siasatan. Sejak dari Anwar menjadi TPM, beliau memang suka menjemput orang luar datang dan mentadbir negara. Anwar adalah tokoh yang beria-ia menjemput IMF datang ke Malaysia.Namun, ketika itu, idea Tun Mahathir dapat menyelesaikan masalah kewangan yang berlaku di dalam negara.Berikut ialah kenyataan Sivarasah di dalam Harakahdaily yang jelas menampakkan PKR ialah agen asing yang bertujuan memusnahkan Islam dan bangsa Melayu secara senyap.
"Selain itu Sivarasa juga menyatakan bahawa kerajaan boleh memanggil keanggotaan dari kalangan bukan hakim dan bekas hakim dari luar negara untuk menyiasat kes tersebut.
Antara yang disebut Sivarasa sebagai yang layak menggangotainya ialah Presiden Tansparency International (TI), Ramon Navaratnam dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Raja Aziz Addruse. "Biarlah lambat sedikit, tetapi pengedali kes ini tidak terbabit dengan soal integriti," tegasnya.(Semua yang disebut oleh Sivarasa ialah mereka yang pro kepada PKR.Jika seseorang hakim membebaskan ahli mereka , maka mereka kata hakim tersebut adil tetapi jika hakim tersebut menjatuhkan hukuman kepada ahli mereka, mereka menyatakan hakim tidak adil. Justeru, di mata PKR, hakim yang adil ialah hakim yang menyokong mereka.Inilah Ketidakadilan dalam Parti Keadilan)
Antara yang disebut Sivarasa sebagai yang layak menggangotainya ialah Presiden Tansparency International (TI), Ramon Navaratnam dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Raja Aziz Addruse. "Biarlah lambat sedikit, tetapi pengedali kes ini tidak terbabit dengan soal integriti," tegasnya.(Semua yang disebut oleh Sivarasa ialah mereka yang pro kepada PKR.Jika seseorang hakim membebaskan ahli mereka , maka mereka kata hakim tersebut adil tetapi jika hakim tersebut menjatuhkan hukuman kepada ahli mereka, mereka menyatakan hakim tidak adil. Justeru, di mata PKR, hakim yang adil ialah hakim yang menyokong mereka.Inilah Ketidakadilan dalam Parti Keadilan)
Monday, January 14, 2008 |
BADAN PERHUBUNGAN UMNO PULAU PINANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL TAHUN ISLAM 1429H
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
FIRMAN ALLAH :
"If ye help not (your leader), (it is no matter): for Allah did indeed help him, when the Unbelievers drove him out: he had no more than one companion; they two were in the cave, and he said to his companion, "Have no fear, for Allah is with us": then Allah sent down His peace upon him, and strengthened him with forces which ye saw not, and humbled to the depths the word of the Unbelievers. But the word of Allah is exalted to the heights: for Allah is Exalted in might, Wise" (Surah Al-Taubah: 40)
Sejak bermulanya penghijrahan dari Mekah ke Madinah, Rasulullah s.a.w. memang sudah yakin bahawa Allah akan melindunginya. Namun, demikian Baginda tidak pernah berasa terkecuali daripada kewajipan berikhtiar merencanakan perancangan hijrah dengan sebaik-baiknya. Antara perencanaan penting yang telah diperlihatkan oleh Baginda dalam menjayakan rencana penghijrahan ini termasuklah:
Pertama, perancangan yang rapi dan teliti. Baginda tidak tidur di biliknya pada malam itu. Sebaliknya diperintahkan Ali Abi Talib mengambil tempatnya tidur di kamar Baginda untuk mengelirukan musuh yang menyangka Baginda masih berada di biliknya.
Begitu juga Baginda tidak terus berangkat ke Madinah yang berada di sebelah utara selepas keluar dari Mekah, tetapi sebaliknya Baginda menghala ke selatan dan berhenti di Gua Thur selama tiga hari. Selepas tempoh tersebut barulah Baginda meneruskan perjalanannya ke Madinah, iaitu ketika gerakan pihak Quraisy sudah mulai mengendur.
Kedua, sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkenaan pergerakan pihak musuh menerusi Abdullah Abu Bakar yang telah ditugaskan untuk mengumpul maklumat di Mekah pada waktu siang dan pada malamnya melaporkan kepada Baginda di Gua Thur. Memang maklumat terkini adalah merupakan suatu yang amat bernilai sehingga kadang-kadang maklumat-maklumat penting sanggup dijual beli dengan harga yang sangat mahal. Hari ini kita dapat menyaksikan semakin canggihnya perancangan perisikan yang tujuannya tidak lain hanya untuk mendapatkan maklumat.
Ketiga, kerahsiaan adalah satu perancangan Baginda yang sangat berkesan. Lihat saja bagaimana tidak seorang pun yang tahu termasuk teman karibnya seperti Abu Bakar r.a. hinggalah ke saat perlaksanaannya. Menjaga kerahsiaan dalam hal-hal penting dan bahaya seperti itu memang merupakan suatu keperluan yang dirancang rapi. Kebocoran maklumat-maklumat penting hingga diketahui oleh pihak musuh akan mengakibatkan musnahnya seluruh perencanaan.
Keempat, menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada walau daripada orang kafir sekalipun. Dalam peristiwa hijrah, Baginda telah mendapatkan khidmat seorang pemandu bukan Islam untuk menunjukkan jalan sulit yang tidak diketahui oleh orang ramai untuk ke Madinah. Hal ini dilakukan oleh Baginda setelah berpuas hati bahawa pemandu bukan Islam itu tidak akan mengkhianatinya.
Daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku nyatalah bahawa hijrah bukan hanya satu rentetan peristiwa tidak sengaja atau kebetulan yang terjadi dalam kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. Perjalanan hijrah dengan segala liku dan simpang-siurnya itu jelas mengandungi hikmah budaya kerja yang berencana. Sesuatu cita-cita tidak mungkin dapat dijayakan cuma dengan doa dan penyerahan semata-mata, tetapi harus dilaksanakan dengan perencanaan yang cukup rapi. Yang dimaksudkan dengan perencanaan ialah suatu aliran menentukan matlamat, menggariskan kaedah-kaedah dan tindakan-tindakan untuk mencapai matlamat tersebut. Sementara yang dimaksudkan dengan perancangan pula ialah penggabungan dan penyepaduan pelbagai sumber yang dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya.
Perencanaan juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan yang membawa erti persiapan masa kini untuk menghadapi apa yang akan terjadi di masa depan. Ketika Allah memerintahkan kita agar bersiap sepenuhnya untuk menghadapi musuh dengan segala rupa kekuatan seperti mana firman Allah dalam surah al-Anfal ayat ke-60. Ayat tersebut memerintahkan kita umat Islam membuat perancangan pertahanan jangka panjang dengan mengambil kira perubahan-perubahan dan kemajuan-kemajuan yang sedang berlaku dan akan berlaku dalam bidang ketenteraan dan juga teknologi persenjataan.
Lebih-lebih lagi di saat umat Islam menghadapi ancaman yang datangnya bukan sahaja dalam bidang ketenteraan, malah telah meningkat kepada ancaman-ancaman bentuk lain termasuk budaya, pendidikan dan ekonomi, maka perintah Tuhan, “…waa’iddu lahum…” (bersiaplah menghadapi mereka…) itu harus pula difahami dari sudut semangatnya dengan membuat perancangan yang bernas lagi rapi dalam bidang-bidang lain seperti ilmu, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
Lebih jauh daripada itu al-Quran juga telah menampilkan peribadi Nabi Yusuf a.s. sebagai tokoh misali perancang ekonomi sebagaimana yang diterangkan kepada kita dalam surah Yusuf, ayat yang ke-47 hingga ke-49. Di mana dalam ayat tersebut, Nabi Yusuf a.s. telah menyarankan suatu perancangan ekonomi pertanian untuk jangka waktu empat belas tahun dengan membuat perimbangan di antara jumlah penghasilan, penggunaan, penyimpanan dan pelaburan semula. Dengan perencanaan bersifat melihat ke hadapan ini, krisis ekonomi yang dikhuatiri akan menimpa negara dapat dihindarkan.
Dalam zaman yang penuh persaingan seperti sekarang ini, kecemerlangan dan keunggulan hanya akan dapat dicapai dengan penyuburan budaya kerja berencana dan pemikiran bernas. Sehubungan dengan itu budaya ad hoc seharusnya dihindari kerana ia bukan budaya yang terpancar daripada ajaran Islam. Memang manusia hanya boleh merencana, tetapi Allah jua yang menentukan jaya atau tidaknya. Namun manusia tetap diwajibkan merencana dan melaksanakan rencananya dengan setepat-tepatnya. Rencana yang rapi tetapi tidak dilaksanakan sebagaimana semestinya akan berakhir dengan kegagalan. Demikianlah apa yang telah terjadi dalam Perang Uhud. Perancangannya sudah cukup rapi. Tetapi ada pasukan yang kurang berdisiplin lalu mengabaikan perlaksanaan yang telah direncanakan, maka akibatnya pasukan Islam mengalami pukulan teruk.
Mudah-mudahan apa yang telah diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w. menerusi peristiwa hijrah yang telah melakar sejarah yang cukup besar itu mampu untuk kita mengambil pengajaran daripadanya, dan berupaya menjadi umat yang peka dengan hikmah- hikmah yang terkandung di sebalik setiap peristiwa-peristiwa besar sebagai panduan kepada kita umat akhir zaman yang semakin terpinggir ini.
Sumber :Institut Kefahaman Islam Malaysia
Friday, January 11, 2008 |
CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
PAS MENYATAKAN BAHAWA MEREKA TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN DAP.BEGITU JUGA DENGAN DAP YANG TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN PAS.BUKTINYA URUSAN AGIHAN KERUSI PILIHANRAYA DI PULAU PINANG YANG MELIBATKAN PAS HANYA AKAN DISERTAI OLEH PKR SAHAJA.NAMUN, REALITI TIDAK SEPERTI YANG DICAKAPKAN.HUSAM CONTOHNYA, SENTIASA MENJALINKAN HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN DAP.BEGITU JUGA KEPIMPINAN PAS YANG LAIN.BUKANKAH INI NAMANYA MEMBOHONGI RAKYAT?
Thursday, January 10, 2008 |
PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT TETAP DISAYANGI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Ustaz Omar Khalid – bukanlah nama besar dalam politik negara. Beliau Cuma tokoh sederhana dalam Pas di era 70-an dan 80-an. Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Paling cekal, katanya, ‘menikmati’ ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam. Ustaz Omar – dulunya berjanggut, berjubah dan berserban tetapi kini menukar gaya hidup lebih ‘moden’. Tetapi tetap mempunyai sifat tawaduknya kepada perjuangan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Perjuangannya tetap satu – menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.Thursday, January 10, 2008 |
KENYATAAN KHALID IBRAHIM BERTENTANGAN DENGAN KENYATAAN ANWAR
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
MANUSIA YANG TELAH MEMBAHAM WANG RAKYAT SEWAKTU BERADA DI ZAMAN ANWAR DAN MENERAJUI PNBKENYATAAN DI DALAM HARAKAHDAILY :
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab 'teriakkan' PM dan Timbalannya itu dengan memberi jaminan jika BA dimandatkan rakyat, pastinya harga minyak akan diturunkan ke satu tahap munasabah yang tidak akan membebankan rakyat.
( KHALID MEMBAWA NADA YANG TIDAK SELARI DENGAN ANWAR.BELUM LAGI MENANG PILIHANRAYA, SUDAH MEMBOHONG RAKYAT.ANWAR KATA JIKA BA MENANG, HARGA PETROL AKAN DITURUNKAN KEPADA RM 1.10.KHALID PULA KATA HARGA PETROL AKAN DITURUNKAN PADA HARGA YANG MUNASABAH.INILAH AYAT YANG AKAN MEMUSNAHKAN RAKYAT.MUNASABAH ITU BERAPA?JIKA MEREKA MENANG MAKA MUNASABAHNYA IALAH MELEBIHI HARGA YANG DITETAPKAN KERAJAAN.KETIKA ITU MEREKA SUDAH PASTI AKAN BERTERIAK KEPADA RAKYAT BAHAWA RAKYAT PERLU BERSATU BERSAMA KERAJAAN DAN SEBAGAINYA.....)
Thursday, January 10, 2008 |
LAGI PEMBOHONGAN ANWAR
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
ANWAR DAN HITLER SAMA TAPI WAJAH SAHAJA YANG BERBEZA.Berikut ialah kenyataan Anwar sewaktu berceramah di Linggi.Inilah kenyataan yang paling bodoh yang pernah di buat oleh seorang bekas TPM di Malaysia:
Tawaran BA berasaskan kepada beban rakyat selepas kenaikan harga minyak pada tahun 2006 yang mengakibatkan harga pelbagai barangan keperluan meningkat berkali ganda.
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan tawaran tambahan dengan hasil keuntungan Petronas, rakyat akan diberikan pendidikan percuma bermula dari pendidikan rendah hingga pengajian tinggi.
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan tawaran tambahan dengan hasil keuntungan Petronas, rakyat akan diberikan pendidikan percuma bermula dari pendidikan rendah hingga pengajian tinggi.
(PERSOALAN: MENGAPAKAH ZAMAN ANWAR MENJADI MENTERI PENDIDIKAN TIADA PENDIDIKAN SECARA PERCUMA DAN TIADA KERTAS CADANGAN UNTUK PENDIDIKAN DIPERCUMAKAN SERTA ANWAR TIDAK BERANI MENGHAPUSKAN YURAN SEKOLAH?JAWAPANNYA MUDAH SAHAJA KERANA KETIKA ITU ANWAR MENGGUNAKAN WANG NEGARA UNTUK DIAGIHKAN KEPADA KRONINYA DALAM SEMUA PROJEK DI KEMENTERIAN KEWANGAN DAN PENDIDIKAN?ANWAR BERCAKAP SEPERTI SEORANG YANG SEDANG MEMPERBODOHKAN RAKYAT)
"RM10 billion akan diambil dari keuntungan Petronas untuk kita turunkan harga minyak, ia tidak menjejaskan lagi, dan jika ambil RM10 billion lagi untuk belanjakan kepada rakyat mendapat pendidikan percuma, keuntungan masih banyak.Saya ada pengalaman tadbir kerajaan dan sebagai Menteri Kewangan, kita tahu nak buat macam mana," kata Anwar semasa berceramah di Linggi, Negeri Sembilan pada 28 Disember lalu.
"RM10 billion akan diambil dari keuntungan Petronas untuk kita turunkan harga minyak, ia tidak menjejaskan lagi, dan jika ambil RM10 billion lagi untuk belanjakan kepada rakyat mendapat pendidikan percuma, keuntungan masih banyak.Saya ada pengalaman tadbir kerajaan dan sebagai Menteri Kewangan, kita tahu nak buat macam mana," kata Anwar semasa berceramah di Linggi, Negeri Sembilan pada 28 Disember lalu.
( BARU SEKARANG ANWAR MEMBAWA ANALOGI PERKIRAAN EKONOMI YANG LAPUK.DAHULU KENAPA TAK BUAT?SEBAB DAHULU WANG PETRONAS ANWAR KAUT SEORANG.ANWAR RANCANG BANYAK PROJEK, KEMUDIAN PROJEK BERKENAAN DIBERIKAN KEPADA JUAK-JUAK POLITIKNYA.)
Thursday, January 10, 2008 |
DAP HANYA BERTANDING KAWASAN MAJORITI CINA DI PULAU PINANG :BUKTI DAP TIDAK DITERIMA MELAYU
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
TANDA SEPAKAT MEMBAWA REBAH YANG DI BAWA ANWAR BUAT BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM DI PULAU PINANG.BERIKUT IALAH AGIHAN KERUSI DAP DI PULAU PINANG BAGI PILIHANRAYA KE 12
Di Pulau Pinang DAP bertanding tujuh kerusi dari tiga belas kerusi parlimen manakala 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 40 kerusi yang ada.
Parlimen yang menjadi sasaran DAP ialah P43 Bagan, P45 Bukit Mertajam, P46 Batu Kawan, P48 Bukit Bendera, P49 Tanjung, P50 Jelutong dan P51 Bukit Gelugor.
Dun pula di N7 Sungai Puyu, N8 Bagan Jermal, N9 Bagan Dalam, N13 Berapit, N15 Padang Lalang, N16 Perai, N19 Jawi, N22 Tanjung Bungah, N23 Air Putih, N25 Pulau Tikus, N26 Padang Kota,N27 Pengkalan Kota, N28 Komtar, N29 Dato' Keramat, N30 Sungai Pinang, N31 Batu Lanchang, N32 Air Itam dan N34 Paya Terubong.
Sejurus selepas sidang akhbar Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dato' Zahrin Hashim dan Presiden DAP, Lim Kit Siang menandatangan permaufakatan bersama untuk menghadapi BN dengan disaksikan Dato' Seri Anwar.
Dun pula di N7 Sungai Puyu, N8 Bagan Jermal, N9 Bagan Dalam, N13 Berapit, N15 Padang Lalang, N16 Perai, N19 Jawi, N22 Tanjung Bungah, N23 Air Putih, N25 Pulau Tikus, N26 Padang Kota,N27 Pengkalan Kota, N28 Komtar, N29 Dato' Keramat, N30 Sungai Pinang, N31 Batu Lanchang, N32 Air Itam dan N34 Paya Terubong.
Sejurus selepas sidang akhbar Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dato' Zahrin Hashim dan Presiden DAP, Lim Kit Siang menandatangan permaufakatan bersama untuk menghadapi BN dengan disaksikan Dato' Seri Anwar.
ULASAN :
Berdasarkan kepada agihan kerusi DUN terbukti DAP hanya berani meletakkan calon di kawasan yang mereka jamin akan mendapat sokongan masyarakat Cina.Jika ini menjadi realiti, bermakna yang bakal menjadi Ketua Menteri ialah calon DAP dan ketika itu, kita semua boleh menyaksikan bahawa bangsa Melayu akan terus dihimpit, dihina dan dihambakan oleh DAP. Cara DAP yang agak ekstrim membezakan pembawakan yang terdapat di dalam MCA dan Gerakan.PKR dan PAS pula akan bertanding di semua kerusi milik UMNO.PKR berazam merampas dan meletakkan isu nasional sebagai wadah manifeso yang mereka bawa.Tetapi, perlu diingat PKR ialah dalang yang bakal menghakis kuasa Islam di Pulau Pinang. Lihat sahajalah siapakah yang menganggotai PKR?Mereka ialah kumpulan yang kecewa dalam UMNO dan mereka ialah manusia rakus yang pernah merompak wang rakyat.Mereka ialah penerima syer terbesar sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan. Mereka ialah pemegang lesen kelas A dan mendapat tender daripada Anwar sewaktu Anwar menjadi TPM.Pemimpin PKR akan terus mengganas untuk merompak wang rakyat.Jika tidak percaya lihatlah sejarah Anwar di dalam Kerajaan. Anwar manusia yang bakal menjual negara kepada penjajah.
Thursday, January 10, 2008 |
PUKULAN MAUT BUAT ANWAR DI PARLIMEN KUALA KANGSAR
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Selepas DSAI mengeluarkan kenyataan ingin bertanding di Kuala Kangsar, ianya seakan-akan cuba membawa satu polemik baru ke dalam suasana pilihanraya di negeri Perak. Pembohongan Anwar dengan misi Madani yang gagal dilaksanakan di zamannya , membuktikan Anwar seorang manusia yang suka beretorik.Blogger menerima banyak komen daripada segelintir pemimpin di Kuala Kangsar. Ternyata apa yang boleh dirumuskan, Anwar akan terus "DIBOGELKAN" jika beliau sudi bertanding di Kuala Kangsar.Siapakah Anwar?Sewaktu menjadi ahli parlimen Permatang Pauh, satu pun pembangunan tidak di bawa melainkan sebuah gereja besar hasil usaha kepimpinan Anwar untuk memartabatkan Kristian di kawasannya.Bertanding di Kuala Kangsar bererti Anwar memang sudah tahu kekalahannya. Penduduk Kuala Kangsar tidak perlukan Anwar. Tanpa Anwar pun orang Kuala boleh menikmati pembangunan yang berterusan. Kuala Kangsar bandar Di Raja. Anwar bakal memecahkan perpaduan Islam di Kuala Kangsar. Inilah mesej Madani anwar iaitu perpecahan kaum adalah teras kejayaan dalam Islam Bandar.Orang Kuala mencabar Anwar untuk bertanding dan jangan hanya bercakap. Jika Anwar tidak bertanding di Kuala kangsar bermakna Anwar pengecut dan 'TIDAK BERTELUR"(TIDAK JANTAN).Silakan Wahai Anwar bertanding di Kuala Kangsar!!!!Thursday, January 10, 2008 |
ANTARA 2 BACAAN WAJAH
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
ANWAR BERHASRAT UNTUK MENJATUHKAN AIR MUKA PAK LAH, INSAN YANG PERNAH BELIAU PERCATURKAN SEWAKTU BELIAU BERADA DI DALAM UMNO. ANWAR TAHU BAHAWA PAK LAH AKAN MENGANGGU KARIER BELIAU KE JAWATAN PERDANA MENTERI KETIKA ITU.NAMUN PAK LAH TIDAK PERNAH BERDENDAM DENGAN ANWAR.NAMUN ANWAR PULA TIDAK HABIS-HABIS INGIN MENYERANG PAK LAH.MENGAPA?INILAH POLEMIK ANWAR SEJAK BERADA DI MCKK DAN UM LAGI IAITU SUKA KEPADA DAYA TARIKAN DAN INGINKAN DIRINYA DIBERI PERHATIAN.DENGAN KATA LAINNYA ANWAR INGIN MENJADI MANUSIA YANG GILA GLAMOUR DAN BUKANNYA SUKA KEPADA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB.SENYUM PAK LAH TERSIMPAN DAN SENYUM ANWAR TERBUKA.FIRASAT YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA ANWAR SEORANG YANG HIPOKRIT DAN SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELEMAHAN ORANG LAIN SERTA SUKA BERPURA-PURA.Tuesday, January 08, 2008 |
NALLAKARUPPAN TUDUH ANWAR PEMBOHONG
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
DAHULU NALLA MERUPAKAN SAHABAT ANWAR.BAYANGKANLAH NALLA PUN DIBOHONGI ANWAR.NALLA BERJUANG KERANA ANWAR SEHINGGA BELIAU SANGGUP DIPENJARAKAN.APATAH LAGI KAUM INDIA LAIN YANG BUKAN SAHABAT ANWAR.ANWAR BERBOHONG KEPADA KAUM INDIA DAN KAUM INDIA RELA DIRI MEREKA DIBOHONGI.....Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) Datuk KS Nallakarupan hari ini mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan apa yang telah dilakukannya untuk kebaikan masyarakat India sewaktu beliau berada dalam kerajaan dahulu.Beliau berkata, Anwar perlu menyatakan apakah sumbangannya kepada masyarakat India terutama ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
Nalla berkata, berdasarkan kepada hubungan akrabnya dengan Anwar selama lebih 30 tahun, "saya tahu benar bahawa beliau hanya berbohong kepada masyarakat India sekarang, semata-mata untuk mendapatkan undi mereka sahaja"."Saya berharap beliau akan berhenti dengan segera permainan politiknya untuk menipu masyarakat India.
"Dan kepada masyarakat India, saya berharap mereka akan menyedari bahawa Anwar - yang tidak berbuat apa-apa untuk mereka ketika beliau (Anwar) sepatutnya berbuat demikian - tidak akan berbuat apa-apa untuk mereka sekarang," tambahnya.
ULASAN :SUDAH TERANG DAN TIDAK PERLU BERSULUH BAHAWA ANWAR PEMBOHONG.TAK LAMA LAGI ANWAR AKAN MEMBOHONGI KAUM CINA PULA.TUNGGU.....
Tuesday, January 08, 2008 |
RAMAI RUPANYA PEMIMPIN KANAN PKR YANG TINGGALKAN ANWAR
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
PKR YANG SEMAKIN MALAP DENGAN KEPIMPINAN YANG MENGASASKANNYA
EZAM KECEWA DENGAN DSAI DAN AZMIN YANG TAMAKKAN KUASA DAN HARTA
SAIFUDIN BEKAS SETIAUSAHA PEMUDA UMNO, YANG PERNAH MENJAGA DANA YAYASAN GERAK BAKTI KEBANGSAAN.SEWAKTU BELIAU MENJAGA YAYASAN BERKENAAN, BELIAULAH YANG PALING KEDEKUT MENGELUARKAN WANG YAYASAN UNTUK PEMBANGUNAN MELAYU DAN GENERASI MUDA MELAYU.TIBA-TIBA DILANTIK SEBAGAI ORANG KUAT YAYASAN MILIK KERAJAAN PAS.TAK LAMA LAGI KERINGLAH WANG YAYASAN PAS DIBAHAM OLEH SAIFUDDIN.Berikut saya paparkan 3 orang pemimpin kanan PKR yang sudah tidak nampak hala tuju PKR dan kecewa dengan DSAI. Mereka mengambil langkah untuk menolak kepimpinan DSAI.Mereka ialah :
1. Orang kuat PKR Saifuddin Nasution yang kini berkhidmat dengan sebuah yayasan kerajaan negeri Kelantan rupanya sudah lama jadi ahli PAS.
2.Bekas Bendahari PKR yang tidak jadi bertanding jawatan Presiden PKR baru-baru ini,Abdul Rahman Osman mengumumkan keputusannya untuk menyertai PAS.
3.Bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor yang mengesahkan kepada sebuah laman web,KL Pos.com beliau sebenarnya sudah keluar dari PKR sejak 4 April 2007 lalu. Menurut Ezam, beliau kini tidak menganggotai mana-mana parti politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada NGO yang diasaskan beliau Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK). "Perjuangan tulen untuk rakyat tidak harus disempitkan hanya dalam wadah satu parti sahaja," katanya yang baru tiba dari Thailand itu. Ezam merupakan Ketua Pemuda pertama parti yang dilancarkan di sebuah hotel terkemuka pada 4 April 1999 itu. Ketika ditanya mengapa membuat keputusan meninggalkan PKR, laman itu memetik Ezam sebagai berkata , "Saya tidak mahu terlibat dalam petty politiking dan juga narrow inner circle poltics in PKR ."
Tuesday, January 08, 2008 |
Subscribe to:
Posts (Atom)





%5B1%5D.jpg)

