feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

LAGI HUJAH BODOH KEPIMPINAN PAS BERKENAAN KHUTBAH

Perkauman: Rakyat perlu berpayung di bawah PR
Written by Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Ogos: Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli yakin, Umno sedang cuba mencetuskan huru hara apabila cuba membangkitkan isu perkauman pada waktu ini.
( umno lagi yang cetuskan huru hara . Pas jual islam takpe. buatlah apa yang ka nak pas)
Menurutnya, tindakan itu dibuat supaya Umno dapat mengambil kesempatan selepas kerajaan BN semakin lemah. ( BN lemah ?siapa yang lemah ? siapa yang kalut? bukan PR ke yang dok canang macam-macam supaya rakyat tak terbohong oleh mereka )

"Kita yakin Umno sekarang dalam keadaan tersepit dan cuba cetuskan kemarahan kaum. "Mereka perlu satu keadaan di mana mereka boleh mengambil kesempatan untuk menarik kembali sokongan rakyat. ( siapa yang tersepit ? pas lah yang tersepit. nak jawatan maipp tak dapat. nak exco agama tak dapat. nak jawatan pengurus puz tak dapat. nak apa lagi. nak menang banyak kerusi lawan umno di penang pun tak dapat. dari dulu sampai la ni cuma boleh menang 1 jer. kesian ular yang tersepit. so, oleh kerana pas nak dapat lebih kerusi, maka pas kena kerja lebih jilat guan eng sampai licin. gunakan lidah dengan kefasikan.)

"Yang kita risau, mereka nampaknya cuba bangkitkan isu perkauman," katanya.

Menurutnya, tindakan paling selamat bagi rakyat sekarang ini adalah berlindung di bawah payung Pakatan Rakyat yang sentiasa menghormati hak semua kaum.

Umno melalui medianya Utusan Malaysia didakwa memainkan sentimen itu apabila menyiarkan tajuk muka depan berbunyi 'Bangkitlah Melayu'.

Sebelum ini, pelbagai berita provokasi termasuk mendakwa nama Lim Guan Eng diguna menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang baru baru ini. Padahal ia dinafikan sama sekali oleh kerajaan Pulau Pinang. ( nafi!!!aku pun boleh nafi. wahai mangkuk wal hayun ...kenapa bagi jawapan macam orang tak sekolah. bukan kerajaan yang baca khutbah tu. yang baca puak-puak hangpa yang nak jilat guan eng. betul la kerajaan penang tak baca. aku pun tau dia tak baca. bukan ust elias yang baca. yang bacanya ialah juak-juak pas yang dah hampir sama dengan kafir. islam di bibir sahaja.hati busuk macam bangkai. doakanlah hidayah supaya yahudi masuk islam di palestin mangkuk pas. lagi baik.