feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS IBARAT LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG OLEH DAP DAN PKR

HUSAM MUSA KEPALA BAPAK KEPADA ERDOGAN DALAM PAS .DIALAH YANG MENJADI DALANG KEPADA GEJALA SOSIAL DI KELANTAN.PERJUANGANNYA MENGHALALKAN ARAK DAN PEMBINAAN LADANG BABI BERSKALA BESAR.ANAK SURUHAN ANWAR IBRAHIM AL-LIWATI.


Arak dan babi merupakan 2 perkara haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Bila PAS menyertai PR dan berjaya dalam PRU-12, mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil dalam menghadkan atau menghentikan terus perkara-perkara yang dimurkai Allah itu. Tidak langsung walau sejentik, PAS membuat sebarang kenyataan mengenai isu Arak dan Babi. PAS menjadi PAK-TURUT selepas menyertai PR. PAS sanggup dicucuk hidung, di tarik kesana-kemari oleh DAP dan PKR tanpa sepatah melawan tindak-tanduk mereka walupun dilihat merosakan imej Islam yang dipertahankan oleh PAS sendiri.


Lihat sahaja isu babi, mereka sanggup berjuang bermati-matian bersama babi-babi mereka kerana mahukan projek babi mega mereka berjaya. Ini pula hal kilang Arak, tidak sedikit pun PAS mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. Siap sekarang sanggup bersongkol meng-iakan agar tidak ditutup kilang arak tersebut dan mencabar mereka yang membuat kenyataan tetang isu arak ini. Sewaktu mereka di Kelantan, bukan sahaja kilang Arak, panggung wayang pun tiada, kononnya ini semua haram serta menyesatkan penduduk/ rakyat Kelantan.




Jadi apa sudah jadi sekarang, PAS telah meluaskan tanah jajahannya keluar dari Kelantan, jadi sudah pasti rakyat atau penyokong setia mereka mengharapkan perkara yang sama dilakukan di tanah jajahan baru mereka ini. Amat mendukacitakan sekali kerana PAS yang satu masa dahulu lantang bersuara, mengeluarkan fatwa yang ada kalanya ditegur menyimpang dari landasan sebenar, kini sujud menyembah serta meng-iakan semua benda haram yang diharamkan terus oleh Islam. Apa PAS telah lembik dalam pertarungan mereka dalam PR, atau mereka hanyalah boneka bertali yang dikawal sepenuhnya oleh DAP & PKR di dalam PR tersebut.