feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SULTAN TEGUR KERAJAAN KELANTAN LEMAH.KENAPA TG TAK SAMAN?

Sultan ISMAIL II PETRA ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra


Kerajaan Pas Kelantan digesa agar lebih bertanggungjawab dengan mengambil perhatian serius setiap teguran Sultan negeri itu, Tunku Ismail Petra berhubung pelbagai kegagalan negeri itu membela rakyat tanpa perlu banyak beretorik kosong ( TUANKU SENDIRI KATA PAS TAK BELA RAKYAT.TAK KAN TAK PERCAYA LAGI?KENAPA TAK HENTAM KENYATAAN TUANKU?). Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Dali Hussein ketika membuat gesaan itu berkata sudah tiba masanya kerajaan Pas yang diterajui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil langkah yang proaktif setelah memerintah negeri itu selama lebih tiga penggal. Menurutnya, tumpuan mesti diberikan terhadap penggembelingan usaha memakmurkan negeri dan rakyat bukan semata-mata mengukuhkan kedudukan politik parti itu semata-mata. “Pas sudah memerintah Kelantan lebih dari 15 tahun tetapi malangnya kedudukan ekonomi negeri terus berada pada takuk yang lama. Penghijrahan ramai rakyat negeri ini keluar saban tahun adalah bukti kegagalan kerajaan Pas menjana ekonomi negeri. “Justeru, kita mahu kerajaan negeri kali ini benar-benar serius melakukan satu perubahan tanpa perlu banyak berpolitik kerana rakyat perlukan pembelaan yang lebih dari apa yang telah Pas lakukan selama ini”, katanya. Beliau berkata demikian, sebagai mengulas teguran Sultan Kelantan, Tunku Ismail Petra terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana gagal menarik pelabur ke negeri itu ( MALUNYA GAGAL BAWA PELABUR WALAUPUN DAH 15 TAHUN MEMERINTAH.SELAMA NI MAKAN GAJI BUTA KE EXCO PAS DI KELANTAN?).