feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS KELANTAN GAGAL KAWAL MAKSIAT.BUKTI TIDAK DIREDHAI

BUDAYA PUNK BERLEGAR DI KELANTAN.MENGAPPA?DULU KATA UMNO?PODAHH!!!!!!
GEJALA PERGAULAN BEBAS.MENGAPA TAK BANTERAS?

BOLEH BERCUMBU LAGI.INILAH REMAJA MELAYU

LALU SEKITAR KOTA BHARU, PERKARA MACAM NI BIASA LA.


Saya dengan ini mengalu-alukan pengakuan terbuka kerajaan Pas Kelantan berhubung kewujudan pelbagai gejala sosial seperti pelacuran, aktiviti homoseksual dan budaya punk di negeri itu yang sebelum ini kelihatan seperti disembunyikan. Pengakuan yang dibuat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sepatutnya dilakukan dahulu lagi tanpa perlu didesak oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Walau bagaimanapun saya bersyukur akhirnya Pas tidak lagi berdolak dalih mengenai masalah tersebut sebaliknya akur kepada fakta dan kenyataan sebenar berhubung perkara itu. Sepatutnya Pas dari dulu lagi mengakui bahawa pihaknya tidak mampu menyelesaikan masalah ini walaupun sentiasa bangga dengan gelaran seperti ‘Serambi Mekah’ ataupun ‘Bandaraya Islam’. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan atau dimalukan jika benar masalah itu wujud dan terus meningkat.


Bagi UMNO, kita sentiasa bersedia memberikan pandangan dan kerjasama malah kita juga selama ini telah banyak mengadakan aktiviti atau program terutama untuk golongan muda agar menjauhkan diri dari gejala negatif ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah pada sidang DUN Kelantan mengakui berlakunya pelbagai gejala sosial seperti pelacuran, aktiviti homoseksual dan budaya punk di kalangan masyarakat di negeri ini. Kenyataan Nik Mohd Amar ini dibuat ketika menjawab soalan Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi (BN-Guchil) mengenai peningkatan gejala sosial walaupun Kelantan diperintah Pas yang memperjuangkan konsep Membangun Bersama Islam. Oleh itu, Pas terutama kerajaan negeri perlu segera bertindak secara pro-aktif untuk mencari jalan penyelesaian menangani masalah ini.


Beberapa perkara perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri. Pertama pengisian atau program tertentu yang berfaedah yang boleh menarik minat dan menyedarkan golongan muda di negeri ini bukan sekadar retorik politik semata-mata. Kedua, pembangunan ekonomi yang rancak agar golongan remaja terutama lepasan sekolah mendapat pekerjaan sekaligus mengelakkan mereka terus terhimpit dan akhirnya melakukan gejala-gejala yang tidak sihat. Inilah antara kegagalan kerajaan Pas Kelantan sehinggakan akhirnya terpaksa mengakui bahawa mereka tidak berdaya untuk menangani pelbagai gejala sosial yang terus meningkat di negeri ini. Saya seterusnya berharap agar selepas ini kerajaan negeri serius dan tidak malu-malu untuk mendapat bantuan dan kerjasama terutama kepimpinan UMNO negeri bagi mencari jalan keluar menangani masalah ini dari terus menjadi kronik.


ULASAN :NEGERI SERAMBI MEKAH MENYAJIKAN HOMOSEKSUAL, PELACURAN DAN PUNK.TAHNIAH TOK GURU.TERUSKAN KEJAYAAN ISLAM LIBERAL ANDA.PAS KATA JADI AHLI PAS MASUK SYURGA.KALAU KAFIR MASUK PAS MACAM TOK GURU NAK, APAKAH MEREKA AKAN MASUK SURGA?KALAU MACAM TU, SYARAT SYURGA SEKARANG IALAH MASUK PAS.MUDAHNYA.MACAM PENJUALAN SURAT PENGAMPUNAN DOSA OLEH GEREJA MASA ZAMAN KEGELAPAN DI BRITAIN.