feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

HIGH PROFILE :SAH FAIRUS RASUAH DAN SALAHGUNAKAN KUASA, MAKAN WANG RAKYAT.NERAKA JAHANNAM KAU FAIRUS!!!!


1. Anwar menerima bukti SMS bahawa TKM 1 sedang mengemis RM 20 ribu untuk dirinya sendiri daripada pihak tertentu di Kuala Lumpur dan pihak berkenaan sedang menimbang untuk laporkan kes tersebut ke Badan Pencegah Rasuah (BPR).Menurut sumber sahih, Anwar melenting marah, memberi amaran keras terhadapnya termasuk menyoal Fairus mengemis kereta BMW berharga RM275,000,00 daripada pihak tertentu.


2.Namun kerana terdesak selepas dimarahi Anwar si budak Fairus kemudiannya menghantar SMS lain kepada pihak berkenaan membatalkan ‘urusniaga’ mereka.Dan SMS itulah yang mengesahkan kepada Anwar bahawa Fairus menipu dan bersumpah palsu, membuktikan dia seorang yang pelahap serta tidak layak sebagai TKM 1.


3.Bukti SMS daripada Fairus kepada pihak berkenaan pada 25 November lalu, yang dirahsiakan identiti mereka buat masa ini."Askum, I need your kindly assistance, I need to use some 20K for a specific purposes.Pls assist.I’m giving u my maybank acc:164016986970. Saya la ni berada di China. Saya amat berharap bantuan utk depositkan ke dlm acc tu hari ni atau esok. Tlg reply ye.Segala kerjasama & budi baik tuan didahului jutaan terima kasih.Saya menanti reply.For your info, regarding the car, I have arranged for it already.It just that I need to have your help regarding my previous SMS to you.Pls reply".


4.Selepas Anwar mendapat maklumat, beliau lantas menelefon dan memarahinya di China. Bagaimanapun seperti biasa, Fairus bermatian menafikan SMS tersebut.Fairus lantas membatalkan ‘urusniaga’ mereka dengan menghantar SMS berikut kepada korporat berkenaan "Just to inform, regarding the assistant tu. Tak apa.Tak perlulah. Saya ikhtiar sendiri.Tq.Tentang kereta tu tak pa. Saya dah urus sendiri.Tk.


5.Rakan Fairus seorang usahawan bernama Azmi Nayan dia bersumpah menafikan semua itu. Azmi dipercayai telah menyumbang kira-kira RM50 ribu kepada Fairus bertujuan kononnya untuk kebajikan rakyat.Fairus dipercayai masih memujuk Azmi menyalurkan bantuan kewangan kepadanya.


6.Sementara seorang lagi usahawan Saw Kok Peng, Presiden Persatuan Kuari Pulau Pinang turut dihubunginya. Fairus menafikannya dengan mendakwa kononnya ‘sim card’ telefonnya ( 017-3567320 / 019-6237300) telah 'diklon' pihak tertentu bertujuan menfitnah untuk memburukkan imejnya.


7.Wang sebanyak RM 15,000 yang mereka sumbangkan kepada Fairus untuk majlis rumah terbuka Aidil Fitri DUN Penanti, yang diadakan pada 12 Oktober lalu, telah digunakan untuk kepentingan peribadi Fairus.Sebelum itu, ketika menemui tokoh berkenaan,Fairus memohon sumbangan kononnya untuk kegunaan perbelanjaan majlis rumah terbukanya.Sebaliknya perbelanjaan untuk majlis rumah terbuka berkenaan si budak Fairus menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Majlis berkenaan menelan belanja sebanyak kira-kira RM16,000

8.Duit raya untuk kanak-kanak berjumlah RM2000.00 pula mendapat sumbangan daripada rakannya seorang peguam yang pernah berkhidmat dengan Roslan Kassim.Koperat berkenaan itu juga mendakwa telah menyumbang sejumlah RM40,000 kepada Fairus termasuk membantu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

9.semua sumbangan Fairus kepada beberapa penduduk miskin diambil daripada peruntukan khas TKM 1 yang berjumlah RM500.000.00 setahun dan bukannya menggunakan sumbangan yang dipungutnya daripada tokoh-tokoh tertentu.

10.“Fairus juga minta seorang korporat belikannya sebuah kereta BMW berharga RM275,000.00 di mana ansuran bulanannya ditanggung oleh tokoh korporat berkenaan.
DISUSUN SEMULA DARIPADA :PAPARAZI PENANTI