feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

CALON PKR AKAN KE PARLIMEN KUALA TERENGGANU

HUSAM AKAN MEMUJUK NIK AZIZ UNTUK MEMPENGARUHI HJ HADI DALAM PENYERAHAN KERUSI KUALA TERENGGANU KEPADA PKR.JANGAN RISAU.KUMPULAN ERDOGAN PRO BARAT AKAN MENGGANAS.SILAP-SILAP MUSTAFA ALI TERPELANTING SEKALI.GAMBAR DI ATAS SEWAKTU KONGRES PKR BERLANGSUNG PADA 28 HINGGA 30/11/08

Kekosongan kerusi Parlimen kawasan Kuala Terengganu menarik minat wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memohon kepada pucuk pimpinan parti itu agar calon PKR diberi peluang bertanding kerusi itu. Hasrat itu disampaikan timbalan pengerusi badan perhubungan PKR Terengganu Razali Alias pada Kongres Nasional Tahunan parti itu di sini ketika membahaskan usul pendidikan hari ini apabila meminta kerusi Parlimen di Kuala Terengganu yang kosong diambil oleh PKR. Ketika ditemui kemudian, beliau berkata PKR harus diberi peluang bertanding kerusi Parlimen itu memandangkan pada pilihan raya umum lepas, parti itu hanya bertanding di dua daripada lapan kerusi Parlimen di Terengganu. "Kita mahu mood Permatang Pauh dibawa ke Kuala Terengganu untuk mewujudkan satu gelombang politik di sana bagi menawan kerusi Parlimen itu supaya jatuh ke tangan PKR," katanya.



Beliau berkata PKR Terengganu sudah mempunyai tiga calon yang layak untuk bertanding kerusi itu dan bersedia berbincang dengan PAS bagi mendapatkan kerusi itu. "Sebelum ini, Mohamad Sabu (Pas) bertanding kerusi Parlimen itu, kita sama-sama dalam Pakatan Rakyat, harap Pas boleh bertoleransi dalam hal ini," katanya. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada akhir kongres itu berkata, parti itu bersedia berunding dengan rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat.


ULASAN : TAK PAYAH BERUNDING LAGI.KUMPULAN ERDOGAN PAS AKAN BERI LALUAN PADA PKR TERENGGANU.YANG BODOHNYA IALAH PAS.BODOHNYA SEBUAH PARTI ISLAM YANG DITELAN OLEH ISLAM MODERAT ALA YAHUDI PEMBAWAAN ANWAR.