feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG KECEWA DENGAN GUAN ENG



SALAHUDDIN AYOB DILIHAT SEBAGAI KETUA PEMUDA PAS PRO ERDOGAN YANG TAKUT MENEMPELAK DAP DAN PKR WALAUPUN ISLAM DI HINA.TINDAKAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG YANG MELAHIRKAN RASA KECEWA TERHADAP GUAN ENG TIDAK DIPANDANG SERIUS OLEH KETUA PEMUDANYA SENDIRI.DI SINILAH BLOGGER MELIHAT, BAHAWA DEMI SYAITAN DAP, PAS RELA ISLAM DIHINA.

DEWAN PEMUDA PAS HILANG ARAH DAN HILANG PRINSIP PERJUANGAN.TIADA TARING DAN MENJADI PONDAN.DAP MENEMPELAK MEREKA. MEREKA TAK BERANI MENJAWAB.SEMANGAT JIHAD DITELAN OLEH ISLAM MODERAT ANWAR.DAHULU ANWAR IALAH JAGUH MENGHINA PAS.TAPI SEKARANG DEWAN PEMUDA PAS SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG DAN MENUNGGU MASA UNTUK DISEMBELIH SAHAJA.


Pengakuan terbuka Pemuda Pas negeri ini bahawa parti itu dipinggirkan dalam keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana hakikat tersebut telah lama berlaku sejurus Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya umum lalu. Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Datuk Abdul Salim Bari berkata kekecewaan Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin terhadap Ketua Menteri., Lim Guan Eng membuktikan pakatan antara DAP, PKR dan Pas sekadar indah khabar dari rupa.
Justeru beliau percaya akan timbul banyak lagi luahan kekecewaan seumpama itu daripada pemimpin parti berkenaan bukan sahaja daripada negeri terbabit, malah daripada negeri-negeri lain yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. "Kita difahamkan dalam barisan kepimpinan Pas hari ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Pas Tulen dan Pas PKR. Pertembungan kedua-dua kumpulan ini ternyata memberi keuntungan kepada sekutu mereka yang lain di dalam Pakatan Rakyat dan menyebabkan Pas disisihkan daripada sebarang keputusan dalam pentadbiran kerajaan mereka.
"Justeru bukanlah sesuatu yang menghairankan luahan kekecewaan itu datangnya daripada pemimpin muda mereka kerana kepimpinan atasan parti itu terpecah mengikut kumpulan masing-masing", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai kenyataan Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang menganggap Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak menghormati Islam kerana meluluskan penganjuran konsert Jom Heboh di Stadium Batu Kawan, baru-baru ini. Menurutnya, sebagai sebuah kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya Ketua Menteri mendengar dan menerima pandangan serta bantahan daripada parti-parti komponen lain. Malah beliau beranggapan kerajaan negeri membelakangi pandangan parti komponen lain di dalam Pakatan Rakyat.
Difahamkan kumpulan Pas Tulen masih lagi berpegang kepada ideologi penubuhan negara Islam dan pegangan asas perjuangan mereka yang lain, manakala kumpulan Pas PKR pula terdiri daripada mereka yang liberal yang sentiasa mengikut telunjuk rakan pakatannya.