feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS BERTELAGAH UNTUK MUSNAHKAN PERJUANGAN


APA KATA KHALID WIRA KRISTIAN MALAYSIA


1. Saranan agar PAS tidak terlalu menekankan syarat "majoriti Melayu-Muslim" (3M) sebelum menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan hanyalah untuk perbahasan, jelas timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor."Ia adalah cetusan idea untuk difikirkan.


2.Kalau semua syarat kita diterima dan menguntungkan kita, susah kepada parti-parti lain (dalam Pakatan Rakyat) menerima PAS," kata Khalid Samad ketika dihubungi Malaysiakini.


3.Ahli parlimen Shah Alam diminta mengulas tulisannya di blog peribadinya yang menyifatkan syarat tersebut "agak sukar" memandangkan kebanyakan kerusi Melayu dipegang oleh Umno.Dalam tulisannya itu, Khalid menyebut: "Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan yang dibuat tetapi tidak boleh elak daripada memikirkan peristiwa perjanjian Hudaibiyyah.


4."Sekiranya syarat-syarat yang menguntungkan dan menjamin kedudukan Islam sahaja yang boleh diterima, maka sudah pasati ia tidak akan ditandatangani."Malahan, syarat-syarat Hudaibiyyah bukan sekadar berat sebelah, Rasulullah (saw) terpaksa membenarkan kalimah 'Ar-Rahman' dan 'Ar-Rahim' serta istilah 'Rasullullah' digugurkan untuk memenuhi kehendak wakil kaum Quraisy. "Namun Hudaibiyyah diisytiharkan sebagai kemenangan besar oleh Allah dan setelah beberapa tahun membawa kepada Fathul (Pembukaan) Mekah."

5."Maka amatlah malang sekiranya kita terpaksa melihat pada akhirnya kerajaan yang zalim dan korup gagal ditumbangkan kerana PAS!" tulis Khalid lagi.


Komen Ringkas :Khalid adalah dari kelompok JIM sealiran dengan Mujahid, Husam dan beberapa pimpinan Pas lain lagi.Cuba teliti setiap kenyataannya; Khalid amat taksub dengan pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat, atau lebih tepat,taksub dengan Anwar Ibrahim. Ada sumber mengatakan, satu tempat (kerusi) menteri akan menjadi miliknya jika PR membentuk kerajaan, memandangkan Anwar suka pemimpin yang lebih liberal daripada golongan Ulama Pas.Khalid antara pemimpin PAS yang paling biadab mempertikaikan ulamak PAS.