ANWAR DAN AGENDA PERJUANGAN MEMURTADKAN UMAT ISLAM
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
SIAPA YANG MENDUSTAKAN AYAT ALLAH?PAS DAN ANWAR MENJUAL ISLAM DAN MENJADI ISLAM SEBAGAI MAKE UP PERJUANGAN SAHAJA/ISLAM DIHINA DI BAWAH PKR.
INILAH PENGKHIANAT BANGSA DAN ISLAM MALAYSIA
INILAH PENGKHIANAT BANGSA DAN ISLAM MALAYSIA
Artikel Asal :Pak Tuan
Tulis Terence Netto dalam portal Malaysiakini, 2 Februari 2008; "Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka." Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah. Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ? Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?
Saya melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran. Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang. Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.
Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek. Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya sila baca di sini. http://www.kingmessiahproject.com/is_allah_not_God.html Persoalannya; 1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal? 2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ? 2) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?.
Maka jelaslah, pada saya, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible. Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”. Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ? Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’? Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.
Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION” Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ? Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak. Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.