feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

POLITIK KAUM CINA DI PULAU PINANG.RUGIKAH MELAYU?

Sebenarnya telah lama blogger ingin mengupas pemerhatian awal terhadap tektikal politik kaum Cina di Pulau Pinang.MCA, Gerakan dan DAP mereka tetap sama iaitu kaum Cina yang berpaksikan kepentingan bersama.Bagi blogger ini tidak salah kerana semua bangsa ingin menjaga hak kaum masing-masing.Namun kecerdikan politik mereka di Pulau Pinang, telah banyak merugikan umat Islam.Permainan politik Gerakan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Cina berpindahkepada DAP.Seronok mereka walaupun BN kalah.Mungkin sedih, tetapi sedih dalam gembira.Wajah dan air muka kekalahan akhirnya ditempiaskan kepada UMNO.Maka paksi UMNO sekarang ialah Pak Lah.Akhirul Hayat, Pak Lah disalahkan bagi semua perkara.Gerakan mendesak keluar BN dan pelbagai lagi kesalahan disandarkan kepada UMNO.Sebelum pilihanraya Geraan lebih agresif daripada DAP tetapi tetap tumbang.Kenapa?Ada jawapan yang menyebut kerana Khairy.Mungkin analogi ini agak songsang, tapi penuh makna tersirat.

Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik.Parti politik yang majoritinya Cina ialah MCA dan Gerakan yang berada di dalam kerajaan dan membentuk polisi-polisi kerajaan. Sementara DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi . Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh MCA dan Gerakan akan diperjuangkan dari luar , DAP. Jadi MCA, Gerakan dan DAP saling lengkap melengkapi.Yang ruginya Melayu Pulau Pinang tidak kira UMNO, PAS dan PKR

MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya , Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar -bandar di Malaysia adalah kaum Cina . Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila pelancong melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.

Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia , terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaaan kerana kerajaan tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi Barisan Nasional kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu seperti Seremban dan Kajang. Pernah satu ketika bandar Seremban, Ipoh, Kuala Lumpur, Kepong, Jinjang dan lain-lain menjadi lubuk DAP . Tetapi prasarana tetap mencurah-curah di lubuk DAP ini.Mengapa ini berlaku?Inilah kebijaksanaan politik Cina.Politik Melayu adalah mengadu domba yang akhirnya memusnahkan kekuatan ummah.

Kaum Cina berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia jika pengundi Cina di Singapura berada dalam Malaysia. Kaum Cina hanya menunggu-nunggu masa untuk melihat kaum mereka mempunyai majoriti kerusi di Dewan Rakyat. Tetapi Tunku Abdul Rahman tidak mahu Rusuhan Natrah dan lain-lain berulang lagi lalu mengeluarkan Singapura yang baru dua tahun berada dalam Malaysia. Rejim Sukarno dan Suharto di Indonesia mengatasi masalah kebanjiran imigran Cina di Jawa dan Sumatera dengan pelbagai cara seperti menghantar mereka pulang ke China.Lim Chong Eu yang keluar dari MCA yang lemah dan menubuhkan dan mengasaskan parti Gerakan. Kegagalan menguasai tampuk kerajaan persekutuan dicernakan melalui Dewan Undangan Negeri. Gerakan yang menjadi parti pembangkang ketika itu telah melantik [[Lim Chong Eu] sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.Ini bermakna masyarakat Cina Pulau Pinang mampu dan mahu Gerakan.Mengapa Mac 2008 mereka menolak Gerakan?Inilah punca utama mereka menyalahkan UMNO.

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak enggan menamakan 3 tokoh pemimpin pilihan Gerakan yang bakal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang . Jika nama Ketua Menteri diumumkan, ada kemungkinan tokoh ini dikalahkan untuk memalukan Barisan Nasional dan Gerakan. Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Chong Eu pernah ditewaskan oleh Lim Kit Siang dari DAP pada tahun 1990. Namun Dr Teng Hock Nan lebih sesuai menjadi Ketua Menteri kerana latar belakang pendidikan dan sejarah perkhidmatan beliau selama ini. Jika ini berlaku, pengundi Melayu Pulau Pinang akan memendam rasa sekali lagi. Walaupun Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dari Pulau Pinang tetapi hasrat ini tidak dapat direalisasikan juga . Dalam hal ini sistem kuota dan kelebihan kerusi Melayu tidak terpakai lagi.Jika jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang diserahkan kepada orang Melayu, dalam pilihan raya yang lain, pengundi Cina akan mengundi DAP pula . Situasi politik Pulau Pinang akan lebih berkecamuk kerana ketegangan Melayu-Cina akan memuncak dan boleh mencetuskan sengketa.Permainan kempen DAP yang menyatakan Ketua Menteri akan diberikan kepada Melayu sekiranya BN menang di Pulau Pinang menyebabkan semua orang Cina menolak BN.Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain.Blogger merasakan perubahan sukar dilakukan, namun perlu diingat Gerakan juga pernah emenjadi Parti Pembangkang.Apakah sekali lagi Gerakan akan menjadi Pembangkang?atau kriteria Dr yang ada pada Tan Sri Kho Soo Koon akan menetapkan Gerakan akan terus setia dan bersama UMNO?Kita sama-sama saksikan detik-detik perjalanan sejarah Politik Pulau Pinang yang akhirnya boleh merugikan Melayu.