FAIRUS TKM YANG PEMALAS?
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Baru-baru ini blogger dok jalan-jalan pi bazar Ramadhan dekat area pekan Penanti.Nampak gah dan alhamdulillah semuanya Melayu. Lepas membeli juadah berbuka, blogger duduk berehat di salah sebuah gerai yang berdekatan. Soalan pertama yang blogger ajukan kepada pakcik-pakcik yang berlebai putih ialah "bertuahlah orang Penanti dapat Timbalan Ketua Menteri dan bakal Perdana Menteri 16 September ini..."Salah seorang daripada pakcik tu menjawab,"bertuah apa encik, dapat TKM pun yang malas turun kawasan dan tak tengok masalah rakyat"."Satu lagi, Anwar tu betui ka nak jadi PM?"2 persoalan yang menghantui fikiran blogger dan blogger terus bertanya lagi." Fairuz TKM kita ni memang terkenal di Penanti ka?"Mereka menjawab "terkenal pun kerana Anwar dan memang tiada calon yang layak""tapi Fairus ni berlagak dan sombong sikit".Banyak lagi encik, tapi tak baik lah kita mendedahkan keburukannya.."Selepas hampir 20 minit berbual, blogger bergerak menuju ke kenderaan pacuan 4 roda yang blogger beli 6 tahun lalu.
Dalam perjalanan pulang, blogger terus menelefon rakan-rakan yang berkhidmat di KOMTAR dan menyoal mereka tentang sikap Fairus yang malas dan berlagak.Jawab mereka betul semuanya. Fairus seorang TKM yang malas dan lewat mengambil tindakan. Datang mesyuarat pun lewat.Surat bertimbun atas meja dan tidak di ambil tindakan.Kadang-kadang menyalahgunakan kuasa. Yang dia tahu nak berlagak .Setiap kali jumpa kakitangan dan ketua jabatan, dia bagitau sabaq...sabaq tak lama lagi Anwar jadi PM.Tugas yang ada padanya seperti melepaskan batuk ditangga.Blogger tidak terkejut dengan teguran Anwar kepada beliau.Sebenarnya dah lama Lim Guan Eng kata Fairus ni pemalas dan tidak tahu buat kerja.Jadi tidak hairanlah semua kerja dan kenyataan akhbar hanya Guan Eng sahaja yang buat. Mana ada akhbar pembangkang ketengahkan gambar Fairus turun kawasan atau rasmi program kerajaan negeri.Lu fikirlah sendiri rakyat Pulau Pinang yang dah nasib dapat TKM pemalas.