feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN RAMASAMY MENAMBAHKAN BILANGAN KUIL DI PULAU PINANG

Ramasamy TKM 2 Pulau Pinang.

Tugas utama Ramasamy ialah memastikan kebajikan kaum India di Pulau Pinang terjamin.Ini termasuklah memastikan bilangan kuil bertambah mengikut masa dan tahun walaupun jumlah penganut agama Hindhu tidak ramai. Blogger bukan marah atau cemburu, tetapi biarlah bilangan rumah ibadat menyamai jumlah penganutnya supaya hak pribumi terpelihara.


Di India pun, kuil-kuil dibina berdasarkan jumlah komposisi penganut.Daripada maklumat yang blogger terima, kerajaan negeri melalui Ramasamy telah meluluskan banyak kuil yang dibina secara haram diubah status tanah tersebut kepada halal. Maka, secara tidak langsung bertambahlah bilangan kuil di Pulau Pinang mengatasi jumlah penganut agama tersebut. Kata kawan blogger yang menetap di Batu Kawan dan Simpang Ampat, di sana sahaja, bilangan kuil yang dibuka secara rasmi (di ubah status tanahnya) telah meningkat secara mendadak.Akhirnya orang yang sama juga perlu ke setiap kuil yang dibina ini.Masjid pula tak bertambah.Peruntukan pembinaan kepada kuil-kuil baru di tambah.


Bulan Puasa ini sahaja, di masjid qariah blogger, tak dapat pun bantuan berbuka puasa.Blogger bukanlah menidakkan agama lain, kerana Islam memberi kebebasan dalam beragama.Tetapi blogger pelik kenapa kuil lebih daripada penganut ?Satu taman perumahan boleh ada 3 kuil yang jaraknya tak sampai 500 meter setiap satu.Tapi apakan daya, nak hak sama ratakan. Sebuah masjid bersamaan 3 buah kuil.Inilah sama rata dalam kerajaan negeri.Baguihla gitu....