KERAJAAN NEGERI YANG TIDAK ADIL
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Blogger terpanggil untuk membincangkan beberapa perkara yang pernah dilaungkan oleh Lim Guan Eng.Selepas berjaya mengambil alih kerajaan negeri, katanya beliau mahukan semua tender diutamakan kepada anak-anak tempatan. Dengan kata lainnya, pemberian tender dan projek secara terbuka perlulah mengutamakan anak tempatan Pulau Pinang.Blogger rasa terkejut apabila penerima tender yang blogger nyatakan di bawah, beralamatkan Selangor.Apakah sudah tiada syarikat komputer di Pulau Pinang?Bukankah Pulau Pinang antara negeri yang banyak mempunyai syarikat berasaskan komputer?Blogger tidak kira sama ada yang mendapat tender ini Cina, Melayu atau India.Tetapi yang blogger nampak Guan Eng double standart dan menganaktirikan syarikat tempatan.Inilah PENIPUAN malaun terbesar di Pulau Pinang.
Pengumuman Keputusan Tender:
TENDER BAGI PROGRAM SEWAAN PERALATAN KOMPUTER JABATAN-JABATAN NEGERIPULAU PINANG BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2011
1. Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang sebulat suara menyetuju terima
petender berikut dengan kos sejumlah Ringgit Malaysia Dua Ratus
Sembilan Puluh Lpan Ribu Tiga Ratus Enam Puluh Lapan
(RM298,368.00) untuk tempoh selama 3 tahun bagi Sewaan Peralatan
Komputer Jabatan-Jabatan Negeri Pulau Pinang :-
Bil Perkara Butiran
1. Nama Syarikat :Sapura Holdings Sdn.Bhd.
2. Alamat Syarikat :Sapura@Mines,No.7 Jalan Tasek,The Mines Resort City,43300 Seri Kembangan,Selangor
3. No Pendaftaran Kementerian Kewangan/:No Pendaftaran PKK / No Pendaftaran
CIDB (potong yang mana tidak berkenaan)357-00008912
4. Tempoh Sah laku No Pendaftaran Kementerian Kewangan/ No Pendaftaran PKK / No Pendaftaran CIDB (potong mana yang tidak berkenaan):14.5.2009