feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MALANG PEMIMPIN PAS JUGA YANG MENENTANG PENYATUAN MELAYU

SUDAH TIBA MASANYA KETUANAN MELAYU BERSATU DAN PAS TIDAK PERLU RISAU KERANA MELAYU DI MALASYIA ADALAH ISLAM.KETUANAN MELAYU ADALAH KETUNANA ISLAM.INILAH YANG DITAKUTI OLEH DAP DAN PKR YNG DIDOMINASI OLEH AL KAFIRUN
MEREKA YANG MENENTANG MUZAKARAH DAN PENYATUAN MELAYU INI DIKALANGAN PEMIMPIN PAS ADALAH TERDIRI DARIPADA ANAK DIDIK ANWAR
TIDAK SALAH UNTUK HJ HADI BERSATU DENGAN UMNO DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA.PAS PULA PERLU SEDAR BAHAWA HUBUNGAN MESRA MEREKA DENGAN DAP IBARAT API DALAM SEKAM DAN GUNTING DALAM LIPATAN.
Sumber : Harakahdaily
PAS mengakui bertemu Perdana Menteri
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sun Jul 20, 08

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad. Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.
Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam. Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak. PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. -

20 Julai 2008,
Presiden,Parti Islam Se Malaysia (PAS).

INI PULA REAKSI NAIB PRESIDEN PAS YANG PRO ANWAR
Kenyataan PM bertujuan pecahbelahkan PAS
Abdul Aziz Mustafa Sun Jul 20, 08

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perundingan dengan PAS bertujuan menabur benih perpecahan di dalam PAS yang mungkin mara mengambil alih tempat Umno pada masa depan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa. Membidas kenyataan Perdana Menteri dalam sebuah akhbar harian hari ini, Exco kerajaan negeri Kelantan itu mengulangi penegasan bahawa PAS tidak mampu berpecah semata-mata untuk memenuhi impian Perdana Menteri mendapatkan 'keldai' korban yang boleh ditunggang, walaupun sementara.
Perdana Menteri hari ini menyatakan bahawa beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin PAS yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. "Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau? "Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya.

ULASAN
APA PUN YAN DIBANGKITKAN OLEH PEMIMPIN UMNO DAN PAS SEKARANG INI ADALAH SEMATA-MATA KERANA KETUANAN MELAYU YANG BERPAKSIKAN ISLAM. PAS PERLU SEDAR BAHAWA DAP DAN PKR MENOLAK ISLAM.TELAH BERAPA KALI DAP DAN PKR MEMPERMAINKAN ISLAM DAN PRINSIP PERJUANGAN PAS.FIKIRKAN WAHAI SEKALIAN UMMAH:
1.APAKAH PAS REDHA DENGAN GERAI ARAK DI KARNIVAL BELIA DI AUTO CITY JURU PULAU PINANG YANG TELAH DILAKSANAKAN?
2.APAKAH PAS REDHA DENGAN PENAJAAN SYARIKAT ARAK DALAM BOLASEPAK?
3.APAKAH PAS REDHA DENGAN INSIDEN TONGGENG PUNGGUNG DALAM KONSERT PROTES?
4.APAKAH PAS REDHA DENGAN TENTANGAN JELAS DAP TERHADAP PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN ISLAM?
5.APAKAH PAS REDHA DENGAN INDUSTRI BABI YANG BAKAL MENJAHANAKAN ISLAM?NAK SEMBAHYANG PUN TAK SELESA KERANA BAU BABI.
FIKIRKAN BERSAMA WAHAI UMMAH......