SUARA ANAK MUDA MANAKAH YANG AMK WAKILI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
PETIKAN DAN KENYATAAN DALAM SERAHAN MEMORANDUM
PUTRAJAYA: Kerana kecewa dengan sikap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, sekumpulan anak muda menghantar memorandum berbentuk bantal kepada Perdana Menteri sebagai simbolik kegagalan dan kelemahanya mentadbir negara.Kumpulan yang terdiri kira-kira 20 orang anak muda dari berlainan latar belakang yang mengelarkan diri Badan Bertindak Anak Muda berhimpun di Pejabat Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya bagi menunjukan protes kepada sikap Perdana Menteri Tersebut.
Menurut Seketeriat badan berkenaan, Badrul Hisham Shaharin, bermula dengan penyerahan pada hari tersebut, anak muda akan terus bangkit bagi menunjukan kepekaan terhadap isu-isu yang melanda negara.“Tahun ini dan bermula pada hari ini kami anak muda malaysia berjanji akan bergiat dengan aktif untuk memacu negara dan memikirkan masalah negara,” katanya diluar JPM 4 Januari lalu.
Selain bantal, poster-poster yang menunjukan imej Abdullah Badawi sedang tidur turut dihantar kepada jabatan berkenaan.Katanya lagi, anak muda terlalu kecewa dan malu dengan sikap Abdullah Badawi yang sering tidur sehinggakan beliau sendiri lemah untuk mentadbir negara.“Bukan lagi menjadi rahsia, Perdana Menteri tidur dalam pelbagai acara atau konvesyen. Bukan sahaja didalam negara malah diluar negara. Ianya mendapat liputan meluas oleh media,” tambahnya lagi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan.
ULASAN
Pemberian memorandum yang menggambarkan begitu murahnya strategi politik kepimpinan muda AMK. Sekiranya merekalah yang kita katakan sebagai pewaris negara, maka negara akan jahanam dengan idea lawak dan idea jenaka yang mereka ada. Luahan hati telah mereka tunjukkan dengan tindakan menghantar memorandum, membawa bantal dan poster yang direka grafikan untuk menghina Perdana Menteri. Dalam banyak ulasan yang diberikan oleh Badrul, ianya banyak tertumpu kepada soal tidur. Badrul mengulangi perkataan tidur berulang kali. Mesejnya mudah sahaja iaitu menjatuhkan moraliti pemimpin dengan tayangan selama 3 minit. Inilah nilai anak muda PKR.Mereka teramat kehausan idea. Mereka berjanji kumpulan anak muda yang mereka wakili akan terus memacu negara. Bagi Blog Mutiara Melayu, kami berkeyakinan bahawa apa yang Badrul katakan sebagai memacu negara itu hanyalah tertumpu kepada memacu demonstrasi untuk merosakan kedamaian dalam negara. Perkara yang amat pelik, berapa ramai yang Badrul wakili? Ini sesuatu yang amat abstrak. Yang nampak sewaktu penyerahan memorandum hanyalah 20 orang dan bukannya kepimpinan anak muda.Bayangkanlah, semua barisan exco AMK sendiri gagal menyertai majlis penyerahan memorandum berkenaan.Ini menunjukkan komitmen AMK sendiri nampak longgar dan mereka mula tidak faham soal perjuangan yang mereka bawa.Apapun, Badrul perlu berfikir dengan waras dan mengenal diri beliau sendiri. Siapakah Badrul? Bukankah Badrul juga penyangak dan bekas penyokong kuat kerajaan sewaktu Anwar memerintah?Atau boleh kita letakkan Badrul sebagai "New Munafiqqun".