feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS MENGHARAPKAN KREDIBILITI ANWAR BUKANNYA HJ HADI.


Agak terkejut apabila saya membaca kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salehhudin Ayob di dalam Malaysia Kini yang menyatakan perkara berikut :

" Beliau berkata, kerajaan mahu mengadakan pilihanraya pada tarikh tersebut kerana beberapa faktor termasuk yang ada hubungkait dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kerajaan BN tidak mahu membenarkan Anwar bertanding kerana jika ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding ia memberi kekuatan moral kepada pakatan pembangkang."Atas sebab itu kerajaan mahu mengadakan pilihanraya sebelum Anwar boleh bertanding," katanya.


Dewan Pemuda Pas mengakui sendiri bahawa Anwar lebih hebat pada Presiden mereka Hj Hadi. Ini terbukti, Hj Hadi gagal membawa kekuatan moral dalam perjuangan yang mereka bawa. Mungkin Hj Hadi terlalu kuat melaung sehingga roh perjuangan dan penghormatan dikalangan ahli Pas sendiri terhadap dirinya semakin terhakis. Anwar sendiri pernah di jemput oleh Pas untuk memasuki partinya sebelum memasuki UMNO. Walaupun Anwar tiada di dalam PAS, namun roh Anwar ada di dalam barisan kabinet Pas itu sendiri. Antaranya seperti Kamaruddin Jaafar, Salehhudin Ayob,Taib Azamuddin, Ismail Kamus,Hasan Ali, Dr Lo Lo, Saari Shugib dan lain-lain lagi. Keanggotaan PAS terdiri daripada jemaah JIM dan ABIM. Ada juga yang lahir daripada program kaderisasi PAS itu sendiri. Namun, yang malangnya sekarang kebanyakan daripada barisan kepimpinan PAS sekarang adalah mereka yang pro Anwar. Husam sendiri sewaktu berucap di Pongsu Seribu ada menyatakan bahawa jawatan PM akan diberikan kepada Anwar sekiranya pembangkang menang besar di dalam pilihanraya akan datang.Jika ini yang disebutkan, maka Hj Hadi sebenarnya tiada nilai dan tiada karismatiknya lagi di dalam Pas. Pas ketandusan calon untuk dijadikan PM. Hj Hadi perlu sedar bahawa golongan muda di dalam PAS sendiri sebenarnya bertindak dalam diam untuk menjatuhkan beliau sebagaimana yang berlaku ke atas Hasan Shukri di Selangor apabila kumulan Hasan Ali menggunakan politik kotor menjatuhkan beliau. Inilah senario mundar mandirnya Pas dalam politiknya sendiri.