feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

HUSAM JUGA MELAKUKAN RASUAH?


Benarkah Husam beristeri lebih dari seorang?Jika tidak tak akan ada dahan yang bergoyang?Tidak mustahil untuk Husam beristeri lebih dari seorang kerana beliau mempunyai dana yang mencukupi hasil usaha politik samada secara bersih dan kotor. Husam juga orang politikkan?
Tiga laporan berkait AKSB itu adalah:
1. Bahawa Datuk Husam pada tarikh sekian menerima wang berjumlah sekian dari kontraktor AKSB bernama sekian.2. Bahawa Datuk Husam pada tarikh sekian (lain) menerima wang berjumlah sekian (lain) dari kontraktor AKSB bernama sekian (lain).3.
Bahawa Datuk Husam pada 6 Jun 2004 menerima RM10,000 dari AKSB, pada 13 Julai 2004 menerima RM10,000 dari AKSB, pada 5 Disember 2004 menerima RM2,000 dari AKSB dan pada 20 Disember 2004 menerima RM1,500 dari AKSB.Dua laporan lain mengenai AKSB yang tidak berkait dengan Datuk Husam secara terus tetapi turut perlu dijawab oleh Datuk Husam ialah berkenaan projek pembinaan Loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang,
1. Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Amboran, Machang, yang tiada dalam perjanjian asal dan tidak mengikut spesifikasi oleh kontraktor menyebabkan ia gagal berfungsi menyalurkan air ke kawasan yang sepatutnya selain menyebabkan kerugian kepada AKSB serta pembinaan paip retikulasi di sekitar daerah Machang yang tidak mengikut spesifikasi (terlalu kecil) oleh kontraktor tetapi dibayar dengan harga normal oleh Air Kelantan Sdn Bhd menyebabkan AKSB kerugian RM750,000. Asalnya tangki ini tiada dalam kontrak tetapi waktu projek loji Merbau Chondong sedang dibuat tiba-tiba AKSB mengarahkan kontraktor membina tangki ini. Ia juga dibina terlalu rendah menyebabkan tekanan air sama ada tiada langsung atau terlalu rendah (1-2 meter sahaja sedangkan mengikut piawaian ia patut lebih 10 meter). Dalam kontrak juga, sepatutnya ada satu tangki sedutan (booster pump) tetapi ia tidak dibuat oleh kontraktor dan sepatutnya bayaran kepada kontraktor perlu dipotong lebih RM1 juta (kos membina tangki sedutan ini) tetapi potongan yang dikenakan AKSB hanya RM300,000 sahaja menyebabkan AKSB kerugian lebih RM700,000. Kontraktor terlibat ialah Roadbuilders.
2. Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Peraksi, Pasir Puteh, yang tidak mengikut spesifikasi (mengikut kontrak, ia asalnya dicadang untuk dibina di tempat melihat anak bulan di puncak Bukit Peraksi tetapi pembinaannya dialih ke anak bukit yang jauh lebih rendah) oleh kontraktor menyebabkan air gagal disalurkan melalui Jambatan Tok Bali dan terpaksa dialih menggunakan laluan alternatif melibatkan tambahan paip sepanjang 16 km dengan kos RM10 juta (paip tambahan ini telah dibeli dari awal lagi menunjukkan perkara ini mungkin memang sengaja dilakukan untuk memberi keuntungan mudah kepada individu tertentu). Mengikut kontrak satu tangki sedutan (booster pump) juga patut dibina di kaki bukit tetapi ia tidak dibina menyebabkan kontraktor jimat lebih RM1 juta. Kontraktor terlibat ialah CAM Contract Works and Development.

PEMBELIAN KAMBING JAMNAPARI
Ucapan penggulungan Belanjawan 2008 di Sidang DUN Kelantan ada beberapa fakta yang silap dan tidak didedahkan kesemua sekali secara jujur tentang pembelian kambing sebanyak RM66,400 dan untuk siapa sebenarnya kambing itu, MSO tidak bercadang untuk menyebutnya sebab beliau ada prinsip.Benarkah Husam bayar cash dari laci meja pejabatnya?
PAS JUGA BERNAFSU MENERIMA WANG HARAM........TAK MUSTAHIL KERANA MEREKA JUGA MANUSIA DAN PAS PERLU AKUR DENGAN KEADAAN KEPIMPINAN MUDANYA YANG MASIH BERNAFSU.