RUHANIE AHMAD AHLI UMNO YANG MELUDAH KELANGIT
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Saya selalu juga membaca hasil tulisan Ruhanie Ahmad yang lebih mengkritik sistem pemerintahan dalam negara dan tidak kurang juga mengkritik Perdana Menteri.Ruhanie salah seorang blogger yang sedang giat menulis. Mungkin sewaktu menjadi Pengerusi MARA dan ahli Parlimen Parit Sulong beliau tidak berkesempatan untuk menulis. Tapi, arah haluan penulisannya tidak satu pun yang membina atau menampilkan kejayaan kerajaan di dalam membina negara. Ruhanie Ahmad nampak terlalu kecewa setelah khidmat beliau sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong tidak di sambung.Saya adalah salah seorang pemerhati politik yang amat kecewa dengan Ruhanie Ahmad kerana semua tulisannya seperti Meludah Kelangit.Perlu diingat sewaktu beliau menjadi Pengerusi MARA, nasib orang Melayu luar bandar tidak terbela.MRSM yang terdapat di kawasan Parit Sulong pun dibina di ambang beliau menamatkan karier dalam politik.Kawasan Parit Sulong tidak dimajukan.Pekan Parit Sulong baru nampak dimajukan sejak kebelakangan ini (selepas tahun 2004). Apakah yang beliau buat sewaktu menjadi wakil rakyat Parit Sulong.Melalui blog Kuda Kepang,Ruhanie Ahmad menulis untuk terus mengkritik kerajaan di bawah Kepimpinan Dato Seri Abdullah.Persoalannya, mengapakah Ruhanie Ahmad begitu kecewa?UMNO Johor mampu memberikan jawapannya.
PROFILE RINGKAS DATO' RUHANIE AHMAD
Datuk Ruhanie Ahmad:Diploma Pentadbiran Awam (UiTM). Diploma Kewartawanan (Essex, England). Fellowship Kewartawanan (Jepun). 1972-1982: Wartawan NST.1982-1984: Setiausaha Akhbar Tun Musa Hitam. 1984-1986: Setiausaha Politik Tun Musa Hitam.1990-2004: Ahli Parimen Parit Sulong, Johor. Lain-lain blogs: www.puteramalaysia.blogspot.com.www.globalpartner.blogspot.com.www.roncyberprince.blogspot.com. email: mayaputera@yahoo.com