feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

DEWAN ULAMAK PAS SETUJU ISTILAH "ALLAH "DIGUNAKAN DALAM BAHAN TERBITAN GEREJA


Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat
SUMBER : Harakah
Thursday, 03 January 2008
Oleh: Azamin Amin


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu."Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.



ULASAN

KENYATAAN DEWAN ULAMAK PAS MEMBUKTIKAN PENDIRIAN MEREKA MASIH LONGGAR LAGI DALAM BAB IJTIHAD.MEREKA CUMA MENYATAKAN BAHAWA KALIMAH ALLAH HANYA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEKIRANYA IA BOLEH TERARAH KEPADA PERBUATAN SYIRIK. TETAPI BAGAIMANA PULA SEKIRANYA KALIMAH ALLAH DI BUAT ALAT PEMBUNGKUS, DIPIJAK ATAU DI BUAT ALAS OLEH MEREKA YANG TIDAK MENGHORMATI AGAMA ISLAM.SEKALI LAGI DEWAN ULAMAK PAS MENANGGUK DI AIR KERUH UNTUK MENDAPAT SOKONGAN DAN MENYATAKAN PAS TIDAKLAH BEGITU FANATIK TERHADAP AGAMA LAIN.MASALAH AKAN MENIMPA UMMAH APABILA POLITIK MENDASARI KEPUTUSAN ULAMAK.