feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

TIADA LAGI LORD REID DALAM PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN MALAYSIA BERPANDUKAN AL-QURAN

Di dalam Perlembagaan Malaysia kita meletakkan kuasa yang ada kepada ugama Islam itu di mercu yang tinggi, apabila ia meniktiraf Agama islam sebagai Agama Persekutuan. Ertinya Perlembagaan Malaysia tidak bercanggah dengan perlembagaan Islam kerana ia selaras dengan saranan Al-Quran di dalam surah Al- Maaidah ayat 3 yang bermaksud:
“Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.
Nilai dan jauhar (elemen) yang tersirat di dalam perlembagaan kita yang memasukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan itu, ada mengandungi unsur-unsur berikut:

1. Agama Islam mengaku dan mengiktiraf bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala kuasa yang tersebut dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia. dengan itu , ia selari dengan perlembagaan Islam.
2. Agama Islam mengaku Al-Quran sebagai perlembagaan yang unggul , tunggal dan lengkap. Perlembagaan Persekutuan merupakan secebis darinya.
3. Mengaku dan percaya kepada syahadah dan beriman dengannya.
4. Mengaku sebagai umat Islam yang percaya kepada rukun Islam dan rukun Imam.
5. Melaksana syariat Islam sepertimana dekehendakki Al-Quran sedikit demi sedikit sekadar yang termampu selaras dengan ayat Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:
“Allah tidak memberatkan seseorang melainkan sekadar terpikul olehnya. Dialah yang akan mendapat pahala di atas apa yang ia kerjakan dan dialah yang akan mendapat dosa diatas apa yang dikerjakannya”.
Allah s.w.t. menegaskan lagi di dalam surah Al-An’aam ayat 153 yang bermaksud:
“Bahawa sesunguhnya inilah jalanku iaitu agama Islam yang betul lagi lurus, maka hendaklah kamu menurut jalan-jalan yang lain, selain dari Islam kerana jalan-jalan yang lain itu memecahbelahkan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya bertaqwa”.

Baginda rasulullah s.a.w. menjelaskan ayat ini dengan cara membuat satu garisan lurus di atas pasir/tanah. Diatas garisan yang lurus itu, digaris pula beberapa garisan yang bercabang-cabang. Baginda menunjukkan ke arah garis yang lurus seraya berkata: “Inilah Agama Allah iaitu Agama Islam” . Kemudian Baginda menunjukkan ke arah garis-garis yang bercabang seraya berkata “Inilah jalan yang membawa perpecahan umat Islam dan melemahkan mereka”.

RUKUN ISLAM MENJADI SANDARAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Islam adalah satu agama yang lengkap. Agama Islam terletak di atas asas dan tonggak yang kukuh sepertimana yang dijelaskan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadis yang maksudnya seperti berikut:
“Agama Islam itu ditegakkan di atas lima tonggak , iaitu:
Pengakuan bahawa tidak ada tuhan melain Allah, bahawasanya nabi Muhammad itu Rasul dan pesuruh Allah, mendirikan solat lima waktu yang wajib , mengeluarkan zakat, berpuasa dalam bulan ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi mereka yang terdaya.
Lima tiang yanga da kepada agama Islam itu menggabungkan hubungan di antara Allah dengan manusia. Menjalinkan hubungan muhibbah dan kasih sayang diantara seorang muslim dengan seorang muslim yang lain.
SYAHADAH
Sayahadah merupakan satu jaringan yang menjalinkan hubungan manusia dengan Allah. Hubungan itu dilakukan melalui solat wajib lima waktu dalam satu hari satu malam. Solat itu merupakan satu pelaksanaan kepada hubungan tadi, kerana di dalamnya ada doa iftitah yang secara tidak disedari bahawa kita bercakap-cakap dengan Allah. “Bahawa sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, bagi Engkau milik sekelian alam ini”. Di dalam solat kita membaca Al-Quran, sujud dan ruku’ dengan khusu’ kepada Allah.
SOLAT
Solat juga mengukuhkan perhubungan di antara seorang muslim dengan seorang muslim yang lain, lima kali sehari semasa mereka berhimpun di masjid atau surau untukmengerja solat jamaah. Pada masa solat fardhu berjamaah ditunaikan, orang kaya berdiri di sebelah orang miskin. Seorang berpangkat besar disamping berpangkat kecil. Perdana Menteri Dr. Mahahthir Mohamad menunaikan solat Jumaat bersama dengan orang ramai. Beliau tidak memilih tempat. Dimana kosong, disitulah beliau berdiri mengerjakan solat Jumaat. Tidak mengira siapa yang berada dikiri dan kanannya. Selepas solat dia berjabat tangan orang sebelah kiri dan kanannya. Ramai ahli jamaah datang berjabat salam dengan beliau tanpa dilarang oleh pengawal peribadinya. Ada di kalangan mereka pekerja buriuh dari laur negara. Semuanya biasa sahaja. Senario ini sungguh menyentuh hati bagi mereka yang mahu memikirkan kebesaran solat dan agama Islam itu. Orang besar tidak takabur manakala orang kecil tidak merasa dirinya rendah.
Dengan cara yang tidak langsung , tercapailah satu matlamat suci dan mulia dalam Islam iaitu untuk menegakkan masyarakat Islam yang berkasih sayang, bertimbang rasa. Darinya terpancar perasaan timbang rasa dan belas kasihan. Solat mengajar anusia supaya bertawadhu’ dan merendah diri. Dengan sendiri dia sedar kedudukannya semasa ruku’ dan sujud.
ZAKAT
Menunaikan zakat yang difardhulkan itu adalah satu tiang agama yang kukuh dan bermanfaat kepada semua orang. Umat Islam diwajibkan menunai zakat setahun sekali untuk diagihkan kepada fakir miskin. Is bertujuan mencuci harta dan diri sepertimana tersebut di dalam Al-Quran dalam surah At-Taubah ayat 103 yang bermaksud:
“Ambillah sebahagian dari harta mereka untuk dijadikan sedekah iaitu zakat supaya dengannya engkau membersihkan mereka dari dosa”. Zakat yang diwajibkan oleh agama Islam adalah satu kaedah untuk menjamin kehidupan masyarakat yang sempurna. Ia juga menjamin supaya tiada ada di kalangan umat islam yang kebuluran atau tiada pakaian.
Program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sekarang ini selaras dengan tuntuan Islam sepertimana di dalam surah Al-Maarij ayat 19 yang bermaksud:
“Daripada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin dan tidak bernasib baik”.
Amat tepat sekali cukai-cukai yang dipungut dari orang kaya dan korporat itu memang patut dan layak sekali diagih-agihkansebahagian kepada orang miskin dan tidak bernasib baik ini.
PUASA
Puasa dalam bulan Ramadhan tiap-tiap tahun juga mengajar manusia supaya mengerti makna kebajikan dan belas kasihan dikalangan umat Islam. Mendidik umat menjadi masyarakat penyayang.
HAJI
Mengerja Haji adalah satu kewajipan bagi orang yang terdaya menunaikannya dari segi kewangan dan kesihatan, sekali dalam masa seumur hidupnya.
Pada masa yang lalu , umat Islam di Malaysia terpaksa menjual tanah, mengadai golok dan cangkul untuk menunaikan fardhu haji. Apabila pulang tiada apa yang mereka miliki tetapi dengan pertolongan Allah mereka tidaklah susah.
TABUNG HAJI
Bagi mengelakkan rakyat kita menghadapi kesusahan yang dijangka itu, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu tabung khas untuk orang Malaysia yang hendak menunaikan Haji. Tabung ini dikenali sebagai Tabung haji. Tabung Haji yang ditubuhkan untuk tujuan mengumpul wang sedikit demi sedikit bagi mereka yang henedak menunaikan haji dan memberi pertolongan dan bantuan kepada mereka untuk selesa di musim haji sekarang ini telah menambah terokaannya dalam erniagaan yang menguntungkan penyimpan Tabung Haji. Seluruh dunia memuji cara tabung haji mengendali jemaahnya.
Semua tonggak yang lima ini terdapat dalam agama Islam yangmenjadi agama rasmi bagi Persekutuan. Ia melambangkan kekuatan dan perpaduan umat Islam. Semua orang Islam menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Mereka semua sama-sama mengadap kiblat yang satu. Melakukan bacaan yang sama. Memohon kempunan dan petunjuk dari Allah dalam bentukyang serupa sepertimana yang diajar olehjunjungan besar nabi Muhammad s.a.w.
Semua umta Islam seluruh dunia serentak berpuasa dalam bulan ramadhan. Bukankah ini satu tanda perpaduan yang diwujudkan oleh agama Islam. Tetapi mengapa pula ada di kalangan umat Islam mahu memecahbelahnya melalui pentas politik.
Al-Quran menyuruh kita berdakwah dengan cara yang lemah lembut. Kalaupun terpaksa berdebat, maka perdebatan itu hendaklah dilakukan dengan cara yang sebaik-baiknya. Di dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebajikan dan berbahaslah dengan mereka dengan caraa yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan Nya dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”.