feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

UMNO PEJUANG ISLAM DI MALAYSIA

MENARA UMNO PULAU PINANG.LAMBANG KEKUATAN MELAYU DI PULAU
WADAH YANG MEMBAWA KISAH PEJUANG BANGSA MELAYU.TERUSKAN PERJUANGANMU UMNO PULAU PINANG.

UMAT ISLAM SEBAGAI JASAD YANG SATU

Nabi kita Muhammad s.a.w. membuat ibarat seluruh umat Islam itu seperti jasad yang satu. Jika salah satu anggota itu sakit maka anggota lain pun turut merasa sakit juga dan turut berjaga malam. Maksud hadis ini mengajar kita supaya tolong menolong , tegur menegur dengan cara yang baik. Nabi Muhamamd s.a.w. menyarankan supaya kita sentiasa berakhlak mulia dalam berurusan dengan manusia . baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“ Orang yang paling hampir denganku pada hari akhirat kelak ialah mereka yang terbaik akhlak dan bertawadhu"

PERANAN ULAMA
Didalam Majalah Al-Azhar keluaran bulan safar tahun 1406, Sheikh Al- Azhar , menasihat umat Islam supaya menjaga amanah ilmu yang dipertaruhkan kepada ulama. Beliau memetik ayat dalam surah An-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya”.
ULAMAK DIBERI AMANAH MEMELIHARA ILMU
Ilmu adalah satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada ulama. Oleh sebab itu nabi s.a.w. bersabda :
“ Ulama itu pewaris para Nabi-nabi”.
Apakah yang diwarisi dari nabi-nabi itu? Yang diwarisi itu ialah ilmu pengetahuan Islam. Sebab itu ilmu diterima dengan amanah dan disampaikan kepada orang lain pula dengan amanah juga. Ilmu itu disampaikan dengan hikmah dan bijaksana.

BAHAYA ULAMA MENGGUNAKAN PENTAS POLITIK
Hendak menyampai ilmu dengan amanah tidak boleh dilakukan di atas pentas politik . Mereka tidak mengajar dengan amanah tetapi main politik. Dengan prejudis dan sangkaan buruk mendakwa kerajaan yang memerintah adalah kerajaan sekular dan memisahkan Din dan daulah. Tohmahan ini tidk benar sama sekali kerana Perelmbagaan islam dengan Perelmbagaan Malaysia ternyata ada persamaannya. Mereka keliru kerana tidak faham apa makna sekular dan mereka tidak membaca perlembagaan Malaysia. Bagaimana boleh mendakwa sebagai pewaris Ambia, sedangkan ceramah plitik penuh dengan maki hamun, cerca, tohmahan yang tidak berasas, mencarut, memfitnah dan sebagainya. sEmua ini dilarang oleh Allah.

Mengatakan Kerajaan mengamal politik suku dan agamasuku, kerajaan memisahkan Din dan daulah adalah hujah memancing undi dalam pilihanraya . Ianya bukan satu ilmu yang sepatutnya disampaikan secara amanah. Adakah layak seorang pewaris nabi bercakap demikian?
Ulama sebagai pewaris Nabi-nabi hendaklah merendah diri dan bukan bertakabur. Mereka menjadi ikutan dan teladan yang baik kepada orang awam terutanya generasi muda. Sebab itu kita hairan mengapa anak-anak muda kita mudah bertindak di luar susila Islam.

ULAMA MANA PEWARIS AMBIA
Sekiranya Allah menyifatkan Rasulullah s.a.w. sebagi nabi yang mempunyai akhlak yang tinggi, akan paraulama juga mestilah besifat demikian. Sekiranya Ulama memelihara amanah ilmunya dengan mengikut jejak langkah Rasullulah s.a.w. seperti sabar, memelihara lisannya dari bertutur kata perkara yang tidak baik, tidak takabur danlain-lain sifat mahmudah, maka mereka itu wajarlah dinamakan sebagai Al-ulama Warathatul Ambiaa : Ulamak sebagai Pewaris Nabi.
TIDAK BOLEH BERBOHONG
Setinggi mana pun ilmu seseorang yang kita gelar ulama itu, tidak bermakna sekiranya dalam satu masa dia pernah berbohong dalam keadaan sedar atau tidak , secara bergurau atau tidak, melakukan perkara-perkara takabur secara lisan atau perbuatan. Ulama yang dapat memelihara sifat-sifat mazmumah seumpama inilah yang Allah mengangkat martabatnya sepertimana di dalam surah Faatir ayat 28 yang bermaksud:
“Sebenarnya orang yang menaruh bimbang dan takut melanggar perintah Allah dari kalangan hamba-hambanya hanayalah orang-orang yang berilmu (Ulama)”.
Dewasa ini tidaklah molek untuk menyalahkan orang itu dan orang ini. Peranan kita sekarang ialah bekerja dengan jujur dan membina kerana pada akhirnya Allah akan menilai kerja-kerja kita itu. Allah telah memberi panduan yang baik di dalam surah At-Taubah ayat 105 yang bermaksud:
“dan katakanlah (wahai Muhammad) Beramallah kamu dengan segala kebaikan , maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu dikembalikan kepada Allah yang maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yanga kamu telah kerjakan”.

MALAYSIA MENGABUNGKAN DIN DAN DAULAH
Dengan jelas dan nayata bahawa perlembagaan kita menggabungkan din dan daulah di dalamnya kerana memasukkan Islam Sebagai Agama Persekutuan. Adalah dusta sama sekali bagi mereka yang mengatakan bahawa kerasjaan kita inisekular kerana memisahkan din dan daulah.
Apa yang disebut di dalam perlembagaan kita sebagai kuasa eksekutif, kuasa perundangan dan kuasa kehakiman itu hanyalah kuasa yang dipinjam dari kuasa Allah.

Di dalam kehidupan kita hari-hari pun kita sebut seolah-olah kuasa itu milik kita. Tetapi sebenarnya kuasa itu milik Allah. Konsep semua kekuasaan milik Allah ini, ada dalam hati setiap orang muslim yang beriman kepada Allah. Janganlah menjerit bertanya kepada sesorang muslim itu adakah kamu beriman? Manusia tidak boleh menghukum dan menentukan sesuatu itu dari zahirnya. Allah yang melihat hati seorang itu samada sempurna imannya atau tidak. Mengapa kita mahu mengambil tugas Tuhan kita Allah s.w.t. dengan menghukum orang itu kafir, orang ini Islam dan orang itu baik atau orang ini tidak baik dengan pelbagai gelaran, cemuhan dan sindiran yang menjijikkan.
MENGAPA MENCEMUH
Allah s.w.t. sangat melarang orang Islam melabelkan pelbagai gelaran, cemuhan dan sindiran yang menjijikan sepertimana di dalam surah Al-Hujurat ayat 11 dan 12 yang bermaksud:
“ Wahai orang-orang yang beriman!! Janganlah ada sesuatu puak dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik dari mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merndah-rendahkan perempuan yang lain, kerana mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik dari daripada mereka, dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik) maka amatlah buruknya orang yang fasik sekiranya ia tidak bertaubat. Dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat dengan perbuatannya itu, maka merekalah orang-orang yang zalim”.




BAHAYA ORANG FASIK
Allah mengingatkan kita tentang bahayanya orang-orang yang fasik ini di dalam surahAl-Hujurat ayat 6 yang bermaksud:
“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah dahulu untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.
Peringatan dari Allah mengenai orang fasik ini sangatlah jelas. Dengan itu janganlah mudah mempercayai cerita rekaan, cemuhan dan fitnah dalam ceramah di pentas politik. Lebih buruk lagi cemuhan dan fitnah itu disebar melalui media elektronik seperti internet atau melalui media cetak seperti novel atau penerbitan berkala atau majalah yang tidak beretika.
Allah telah menyarankan supaya kita berhati-hati dengan orang-orang yang seumpama ini supaya janagan mudah terperangkap. Ditakutkan kita pula akan terjerumus dalam keburukan bersama mereka. Supaya tidak terlibat di dalamodosa seumpama ini, janganlah menyertai mana-mana ceramah yang berunsur fitnah, cemuhan dan sebagainya yang sering dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Kita juga seharusnya mengambil iktibar dari mana-mana bacaan kita termasuk novel mencarut kerana ianya melanggar batas-batas yang dilarang. Kita berserah sahaja kepada Allah menghukum di atas perbuatan mana-mana insan di dunia ini. Allah amat mengetahui lagi amat mendengar. Janganlah kita mengambil tugas Allah.




FAEDAH ORANG ISLAM DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Selain dari perkara-perkara yang dibentang dengan panjang lebarnya dalam membandingkan pemerintah Islam dengan pemerintah Malaysia dan Perlembagaannnya, sekarang eloklah juga di teliti apakah faedah lain yang diperolehi umat Islam dalam konteks Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia.




Sebenarnya umat Islam telah banyak mendapat faedah dari perkara “Islam sebagai agama Persekutuan” kerana kita sentiasa mendapat peruntukan yang mencukupi bagi program-program meninggikan syiar Islam dan dapat pula mengembangkan Daulah Islamiah dengan bebas.





PENUBUHAN MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL ISLAM MALAYSIA
Sebagai langkah pengkuhan dan penyelarasan, pada 17 hb Okt.1968, kerajaan telah menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Islam Malaysia. Peranan Majlis ini ialah untuk menasihat dan memberi cadangan kepada kerajaan mengenai Undang-undang Islam, pentadbiran Hal Ehwal Islam dan pendidikan Islam. Dengan yang demikian undang-undang Islam boleh disemak dari satu masa ke satu masa. Selanjutnya pentadbiran hal-ehwal agama Islam yang terletak di Negeri-negeri itu dapat diselaraskan.




PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu perkara yang sangat penting. Pada amnya perkara ini terletak dibawah pentadbiran negeri-negeri. Bagaimana pun kerajaan pusat telah mengambil peranan penting melalui dasar pendidikan kebangsaan dengan memasukkan pelajaran agama Islam sebagai satu mata pelajaran dalam dasar pendidikan Kebangsaan. Laporan Razak telah mewajibkan mana-mana sekolah yang ada mempunyai murid Islam melebihi 15 orang diwajibkan ada kelas dan guru agama. Pada tahun 1963, peraturan ini telah diwajibkan. Semua sekolah rendah dan menengah ada guru agama.




Sejarah telah menyaksikan bahawa guru-guru agama lepasan Kolej Islam Malaya telah memainkan peranan yang penting menggerakkan pelajar-pelajar Islam terutama di tingkatan lima supaya menjadi pemimpin yang berwibawa, amanah dan jujur. Mereka juga dilatih menjadi penggerak kepada harakah Islamiah yang baru berlabuh di Malaysia.
Kesedaran ini membuahkan hasil dalam tahun tujuh puluhan apabila lahir gerakan belia yang cenderung kepada Islam dalam pelbagai nama seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) . Tidak ada sesiapa pun yang boleh bermegah dengan gerakan ini kecuali perlembagaan kita yang meletakkan Islam sebagai Agama bagi persekutuan dan jasa guru-guru agama mereka yang mentarbiahkan mereka.




MELINDUNGI ISLAM
Di samping itu perkara 11 (4) perlembagaan memperuntukkan kepada Negeri yang bertanggungjawab dengan hal ehwal agama supaya mengawal penyebaran agama-agama lain di Malaysia. Dengan sebab itu tidak dibenar sama sekali bagi mana-mana agama atau kepercayaan lain selain agama Islam untuk berdakwah kepada orang Islam.




PEMBENTUKAN KEWANGAN UNTUK ISLAM
Perkara 12 Perlembagaan kita pula memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan, menyediakan peruntukan menubuh Institusi Agama dan memberi peruntukan kewangan cukup bagi menyelenggara dan mentadbirnya. Ayat yang berbunyi “Islam Sebagai Agama Persekutuan” itu, pendek sahaja, tetapi kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan yang banyak untuk tujuan menyempurna peranannya sebagai agama rasmi negara. Inilah faedahnya Islam menjadi Agama Persekutuan.




HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
Mengikut perlembagaan kita perkara 153, yang memberi kuasa kepada Yang Di Pertuan agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu membawa erti yang sangat besar kepada orang Islam di negara ini. Tidak ada peruntkkan seumpama ini dalam mana-mana perlembagaan di dunia ii.




Dengan peruntukan ini, Orang Melayu dapat bersaingan dengan keturunan lain dalam bidang pelajran dan perniagaan setiap tahun kerajaan telah mengeluarkan beribu-ribu juta ringgit untuk membantu anak-anak Melayu dan bumiputra dalam meningkat pelajaran mereka hingga enjadi ahli profesional yang berjaya.




ANAK MELAYU BERUNTUNG
Selain dari pemberian biasiswa dalam dan luar negeri, kerajaan semenjak tahun 1960 telah menubuhkan Institut Teknologi Mara untuk orang Melayu. Hasil dari biasiswa yang diberi kepada ana-anak Melayu , berpuluh-puluh ribu anak Melayu telah mendapat pekerjaan eksekutif dengan gaji lumayan. Jika ditanya di mana-mana jabatan kerajaan atau syarikat swasta, kita akan dapati semua anak Melayu yang bertugas di situ adalah keluaran ITM atau keluar dari mana-mana Universiti di luar negara dengan biasiswa Kerajaan.




Sangat malang apabila anak Melayu yang mendapat biasiswa atau belajar dan lulus ITM bertanya apa faedah aku masuk UMNO? Aku tidak masuk UMNO pun tetapi aku lebih senang dari bapaku yang masuk UMNO. Sifat angkuh dan tidak mengenang budi inilah sangat menebal di kalangan anak-anak melayu sekarang. Mereka lupa budi dan jasa. Yang diminta dari mereka bukan wang ringgit tetapi membantu menstabilkan kerajaan dan negara tercinta.




Apa akan terjadi sekiranya kerajaan kita tidak stabil dan berharap dari orang lain dalam pilihanraya? Pada masa itu tidak ada apa-apa istimewa lagi bagi kita orang Melayu!!!