feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS :PARTI AJARAN SESAT


MENGENAL PARTI PAS

Perjuangan parti Pas bukanlah untuk membentuk peribadi dan rumah tangga Muslim. Bahkan sasaran pemimpin PAS yang utama adalah untuk mengislamkan pentadbiran negara , melaksanakan hukum hudud dan takzir, yakni hukuman yang ada hubungan dengan negara semata-mata, pada hal Islam bermula daripada peribadi Muslim dan rumahtangga Muslim barulah tertegak negara Islam.

Suatu ketika dulu gendang “hukum hudud” di canang habis-habisan sehingga mereka terluppa kepada soal-soal ibadah pemimpin dan ahli-ahlinya , kerohanian, akhlak , khidmat masyarakat dan kasih sayang sesama dan juga sesama golongan Islam yang lain. Mereka lupa kepada akhlak pemimpinnya yang suka bahkan mengizinkan memaki, menghina dan merendah-rendahkan orang lain, menuduh golongan yang tidak menyokong jemaah politik mereka sebagai kafir, taghut dan menentang Islam. Mereka sengaja melupakan ayat-ayat Allah yang telah menggaris lebih awal lagi: bahawa orang Islam tidak boleh menghina kumpulan atau individu lain, kerana mungkin kumpulan mereka lebih baik. Mereka juga lupa kepada arahan Allah agar jangan memaki hamun walaupun kepada berhala yang disembah oleh orang-orang bukan Islam demi menjaga akhlak dan tutur kata umat Islam dan juga hikmat-hikmat lain. Jikalau kepada berhala yang jelas batil itu pun Allah melarang menggunakan perkataan yang tidak sopan terhadapnya, maka adakah boleh kita memaki hamun kepada sesama manusia , lebih-lebih lagi kepada manusia yang sama-sama berkiblat dengan kita sebagaimana yang dilakukan oleh para pemimpin PAS?

Ayat Al-Quran yang melarang daripada memaki orang lain.
Maksudnya:
“Dan janganalah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaai batas dengan ketiadaan pengetahuan . Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”.
(Surah Al- An’ am ayat 108)
Ayat Al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.
Maksudnya:
“wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain, dan jangan pula kamu memanggil-manggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang ) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah) , sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.” (Surah Al- Hujurat ayat 11)
Firman Allah lagi Yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima Taubat , lagi Maha Mengasihani”. (surah Al_ hujurat ayat 12)
Ayat Allah menyuruh bercakap baik
Maksudnya:
Perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati. Dan (ingatlah) , Allah Maha Kaya , lagi Maha Penyabar .” (Surah A- Baqarah ayat 263)
Firman Allah lagi Yang bermaksud: “Dan berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin , serta ucapkanlah kata-kata yang baik, merendah diri dan lembut berbicara kepada sesama manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat kerana kedua-dua ibadat ini merupakan rukun yang ada kena mengena dengan fizikal seseorang dan kewangan.” (Ayat 83 Al- Baqarah).