feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SILATURRAHIM ISLAM TERPUTUS KERANA FATWA PAS



Adalah satu pembohongan besar jika pucuk kepimpinan Pas hari ini menafikan bahawa kata-kata yang telah terpacul keluar dari mulut Haji Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Banggol Peradong, dan di anggap pula sebagai Amanat oleh pengikut taksubnya bukanlah satu tanda kepada berpecah-belahnya umat Islam di negara ini.Sejak amanat tersebut tersebar dan dijadikan amalan oleh puak-puak taksub Pas ini, kehidupan masyarakat Melayu khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu mulai berubah apabila kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Pertama kali implikasi Amanat Haji Hadi ini dikesan ialah apabila tercetusnya peristiwa Memali, di Baling Kedah.


Kesan amanat tersebut cukup dirasakan apabila ia disertai dengan upacara kafir-mengkafir sesama sendiri, mentafsirkan sejauhmanakah keislaman seseorang, bercerai-berai akibat perbezaan parti politik, dan sebagainya.Kejadian-kejadian seperti ini agak jarang dilihat sewaktu Tanah Melayu mula-mula mendapat kemerdekaan. Orang Melayu pada ketika itu cukup utuh bersatu dan persoalan siapa lebih Islam dan siapa yang kafir tidak timbul.Orang Melayu hidup hormat-menghormati antara satu sama lain. Keadaan ini berterusan sehinggalah Haji Fuad Hassan yang kalah bertanding jawatan Yang Dipertua UMNO , keluar parti dan menubuhkan parti baru iaitu Pas.


Semenjak itulah, fatwa karut mulai tersebar di kalangan masyarakat sehinggakan ada yang keliru. Apa yang menyedihkan, ikatan persaudaraan yang sebelum ini disemai dengan kasih sayang mulai berubah kepada kebencian dan sentimen busuk hati.Ada yang dihalau keluar dari rumah, ada yang bercerai suami isteri dan ada pula yang sanggup memutuskan ikatan persaudaraan dengan jaminan ia akan memudahkan lagi jalan ke syurga jika tidak mempunyai kaitan dengan orang-orang yang dirasakan kafir oleh puak-puak ini.Apakah fahaman kolot oleh pemimpin puak-puak Pas ini boleh dijadikan sandaran sebagai berlandaskan hukum-hukum Islam? Pasti tidak, bukan? Islam tidak pernah mengajar umatnya menuju ke arah perpecahan.
Kalaupun seseorang itu tidak sehaluan dari segi politik, tetapi biarlah bertempat jika persoalan agama terbabit sama. Adalah tidak wajar jika pemimpin puak-puak Pas ini mengheret persoalan agama dan kemudiannya mempolitikkan elemen tersebut atas tujuan memenangi kerusi sewaktu pilihanraya.


Disebabkan terlalu taksub dengan tok guru dan ulama celup Pas ini, mereka sanggup menyakiti orang yang bukan dari parti mereka. Adakah ini sesuatu yang wajar? Penyokong Pas ini cukup hebat mendakwa ama ibadat orang bukan Pas tidak diterima oleh Allah dan akan melalui jalan sukar untuk ke syurga kelak. Apakah buktinya?Apakah hanya sekadar mereka tidak menyokong perjuangan parti serpihan ini, maka tok guru celup puak tersebut sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian rupa, hanya semata untuk meraih sokongan? Cukup aneh dan pelik!!


Ada juga tok guru yang mengarut dengan meyatakan bahawa UMNO adalah parti yang diharamkan oleh Allah. Cukup hebat tok guru-tok guru yang masih lagi tidak insaf ini, melabel sebuah parti yang terang-terang menyokong perjuangan Islam dan Melayu selama ini.
Apakah buktinya yang UMNO tidak menyokong perjuangan Islam. Jika tidak ada bukti kukuh, apakah mereka tidak takut dengan hukuman Allah yang akan menimpa mereka jika tuduhan ini enggan ditarik balik?Pastinya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Keislaman sesebuah parti dan negara buakn terletak ditangan pemimpin puak-puak Pas ini, tetapi Allah jualah yang berkuasa menentukan setiap apa yang terjadi.


Hikmah yang dinantikan sudah terang lagi bersuluh. Apakah pemimpin pas masih lagi bermimpi di siang hari, hanya kerana bulan purnama terbit di waktu malam?