feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

ANWAR TERSILAP SAMAN :PETUNJUK ILLAHI

JERAT MAKAN TUAN.......ITULAH BALASAN DAN KETENTUAN ALLAH

Anwar dan pembalasan dunia
Pastinya Laman Reformasi akan kecoh hari ini, selepas idola mereka, Anwar Ibrahim, diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini agar membayar sebanyak RM85,284.80 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.


Ini berikutan saman malu beliau sebanyak RM100 juta terhadap Perdana Menteri telah dibatalkan oleh hakim Datuk Kamalanathan sebelum ini dengan alasan bahawa tuntutan Anwar adalah sesuatu yang amat jelas tidak boleh dipertahankan, tidak bersungguh-sungguh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Keputusan yang dibuat oleh Timbalan Pendaftar, Rozilah Salleh adalah sejajar dengan keputusan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohammad Dzaidin Abdullah yang turut memutuskan untuk menolak permohonan tersebut dengan kos.


Pastinya tindakan yang diambil ini adalah berperikemanusiaan dan dikira tidaklah begitu setimpal dengan apa yang telah dilakukan oleh manusia yang cukup pandai berlakon ini.
Anwar yang pada ketika ini merengek dengan sengaja untuk meraih perhatian masyarakat untuk terus bersimpati terhadap penyakit dan masa depannya yang semakin gelap, terus-terusan menyusahkan rakyat negara ini dengan pelbagai hal yang boleh disifatkan sebagai remeh-temeh.

Semasa mengemukakan saman malu terhadap Dr. Mahathir dengan dakwaan bahawa perkataan-perkataan yang dituturkan oleh Perdana Menteri itu menjejaskan perwatakan dan reputasinya di peringkat nasional dan antarabangsa, beliau pastinya tidak fikir akan nasib dirinya yang benar-benar bersalah itu. Hanya mementingkan pangkat dan tidak mempedulikan nasib rakyat Malaysia yang dibelenggu masalah kemelesetan ekonomi pada waktu itu.Adalah lebih baik jika Anwar mengaku terus akan kesalahan yang dilakukan selama ini, sebelum kes-kes yang seterusnya dibuka oleh mahkamah dan beliau mendapat malu yang lebih dahsyat.Sememangnya Anwar banyak melakukan kesalahan sepanjang beliau menduduki jawatan Timabalan Perdana Menteri Malaysia. Ramai yang tahu tetapi tidak berani untuk membuka mulut disebabkan Anwar terlalu hebat kerana mendapat kepercayaan penuh Perdana Menteri.

Seharusnya manusia keji seperti ini haruslah disingkirkan awal-awal lagi sebelum beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pastinya beliau sudah merancang lebih awal ketika mengumumkan kemasukannya ke dalam UMNO pada waktu beliau aktif di dalam ABIM lagi.Ramai yang menyanjungi keputusan yang beliau buat itu dengan harapan UMNO akan diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Tapi harapan menjadi racun berbisa.Dalam diam-diam, manusia yang cukup hebat berlakon ini membawa barah untuk menghancurkan UMNO. Kata-katanya hanyalah retorik dangkal yang tidak ikhlas terhadap parti yang memperjuangkan Melayu dan Islam ini.
Justeru, hukuman yang beliau terima itu adalah sesuatu yang dikira cukup ehsan terhadapo beliau. Beliau sepatutnya dijatuhkan hukuman yang lebih berat, sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.Apa pun yang pasti, beliau tentu tidak akan terlepas dengan pembalasan Allah yang Maha Mengetahui terhadap segala perkara yang tersurat dan tersirat. Inilah anwar, manusia yang tidak pandai mengenang budi, apa lagi bersyukur kepada Allah.