feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

CAKAP TAK SERUPA BIKIN :ITULAH PAS



Penulis cetek akal ini menyerlahkan lagi personalitinya sebagai seorang yang rendah akhlak, pro arab jahiliyah dan kebodohannya akibat tidak boleh berfikir secara waras. Kenapa say berkata begitu? Anda boleh baca tulisan yang cukup teruk ini di dalam website: www.geocities.tripod.com/~mahazalimtwo. Beliau cuba mendakwa bahawa orang-orang Pas sememangnya berasa cukup terhina dengan apa yang telah dilakukan oleh tuan guru mereka yang tidak pernah puas menipu sesama manusia. Semua rakyat sudah tahu bahawa puak-puak Pas itu hanya bertopengkan Islam dan tindak tanduk mereka sudah pun jelas terang lagi bersuluh.

Buktinya cukup banyak dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Antaranya solat dua imam di Terengganu, mengkafankan mayat dengan bendera Pas, menuduh orang UMNO kafir, mendakwa Allah itu mencarut, memaki orang itu tidak salah dalam Islam, dan bermacam lagi fatwa karut-marut ulama’ celup Pas ini. Bukti yang paling mudah, dan agak bodoh jika seseorang yang tidak mahu mengaku kesalahan ini, ialah perbuatan Nasharudin Mat Isa yang disifatkan biadap ketika mengeluarkan kenyataan dan fitnah terhadap wakil UMNO di dalam pertemuan ahli Jawatankuasa teknikal tentang rundingan perpaduan Melayu. Beliau mendakwa wakil UMNO tidak tahu membaca doa dan jika mengimamkan solat ia adalah tidak sah. Siapakah Nasharudin yang boleh menilai sejauhamanakah iman dan islamnya seseorang itu? Apakah mereka ini yang didakwa sebagai Ulama’ oleh penyokong taksub mereka itu? Ulama’, Hulamak!!, atau ular dalam semak ? Golongan inilah sebenarnya yang cukup pandai mematuk rakyat yang sememangnya mudah tertipu dengan hasutan dan fitnah keji mereka ini. Nasharudin seharusnya ingat, Allah pernah berfirman terhadap orang yang suka menabur fitnah dan menghasut :
"Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan; dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Tetapi kalau mereka memerangi kamu di situ, maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi mereka yang kafir (yang menekan keimanan)". Surah Al-Baqarah ayat 191

Apakah benar Nik Aziz dan Haji Hadi Awang mendukung akidah Islam? Apakah kita akan sokong manusia yang menyokong manusia lain yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam? (rujuk kenyataan Karpal Singh). Bagaimana hendak melaksanakan undang-undang Hudud jika negara Islam tidak terbentuk dahulu? Janganlah kita jadi bodoh dan buta akal seperti penulis artikel tersebut yang sememangnya buta hati, gagal Ilmu dan sakit tua.

Jangan tanya Dr. Mahathir kenapa beliau tidak mahu melaksanakan undang-undang Hudud ala pas yang jahil ilmu itu. Tanya tuan guru celup awak itu dahulu kenapa mereka menyokong karpal singh yang menentang penubuhan negara islam pada pilihanraya lepas? Apakah itu bukan satu dosa besar? Ia seperti kelakuan orang munafik yang menyamar kononnya tinggi ilmu agama , tetapi dalam diam-diam menentang negara Islam. Jika menentang penubuhan negara islam beerti samalah seperti tidak menerima dan menghalang perlaksanaan hukum Hudud. Cukup bodoh dan gagal ilmu penulis seperti ini yang kenyataan yang tidak masuk akal seperti itu. Justeru itu, tanya kedudukan Haji Hadi Awang yang mengkafirkan umat Islam lain yang seagama dengannya tanpa bukti yang cukup kukuh, dan Nik Aziz (Allah juga mencarut) yang menyokong penuh kenyataan karpal singh itu?

Amanat haji hadi tiu bukan sahaja samar malah gelap gelita dengan ilmu. Fakta dari Al-Qur’an dan Hadith mana yang beliau rujuk? Beliau banyak menyelewengkan ayat al-Qur’an demi kepentingan politik kejinya selama ini. Antara maksud ayat Al-Qur’an yang diselewengkannya :
Tafsiran sebenar ialah: Maka demi Tuhanmu ( wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka., kemudian mereka pula tidak berasa di hati mereka sesuatu keberatan daripada apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. ( ayat 65, Surah An-Nisa’). Malangnya puak-puak Pas termasuk haji hadi sendiri mentafsirkannya ayat 65 ini mengikut suka hati anak tekak mereka anak beranak, iaitu mereka menyifatkan UMNO sebagai orang yang tidak beriman kerana tidak menerima perundangan Islam. Kalau dahulu Saidina Umar membunuh seseorang yang tidak yakin kepada perundangan Islam yang menjadi sebab turunnya ayat ini, maka Pas juga menghukum halal membunuh orang-orang UMNO yang tidak yakin kepada hukum-hukum Islam. Atas dasar inilah yang membawa kepada berlakunya peristiwa Memali dan Sauk tidak lama dahulu.

Jadi kita sebagai rakyat sekarang pasti sudah sedar bagaiama untuk membezakan antara ulama’ dan ular di dalam semak yang boleh mematuk pada bila-bila masa. Jika hanya mengaji di Mesir, kemudian balik ke Tanah Melayu untuk mengkafirkan orang, lebih baik beliau ke Palestin untuk bersama-sama membaling batu terhadap rejim israel. Itu adalah lebih baik daripada beliau menanggung dosa yang tidak mungkin diampunkan oleh Allah jika tidak bertaubat. Penulis artikel ini tidak perlu jadi babu untuk memberi amaran kepada orang lain untuk mengulas lanjut tentang amanat karut tersebut. Tinggi sangatkah ilmu agama beliau sehingga manusia lain dilarang untuk mengupas amanat yang ternyata menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar? Harap-harap selepas ini Haji Hadi Awang tidak terjun ke laut China Selatan akibat tidak sanggup menahan malu dan sakit dada akibat tidak sanggup menahan malu akibat amanat dangkal yang beliau canangkan selama ini.

Saya sedang menunggu apakah tindakan Mursyidul am pas selepas ini? Apakah beliau akan panas punggung dan terpaksa melatah dan merapu selepas kes Mat Sabu al-khalwati dan Shahnon as-shitti wal Ahmad wal caruti? Sanggupkah Nik Aziz dipermainkan oleh puak-puak gila merapunya kali ini? Sama-sama kita tunggu bagaimana Tok Guru ini memutarkan serban dan janggutnya itu.