feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

LAGI PENYELEWENGAN AYAT QURAN OLEH PAS



PERTAMA
Tafsiran Sebenar Ayat 65 Surah An-Nisa’
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dariapda apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

TAFSIRAN PAS MENGENAI AYAT 65 SURAH AN-NISA’
Pas telah menyifatkan UMNO sebagai orang yang tidak beriman kerana tidak menerima pandangan Islam. Kalau dulu pernah Saidina Umar membunuh seorang yang tidak yakin kepada perundangan Islam yang menjadi sebab turunnya ayat ini, maka Pas juga menghukum halal membunuh orang-orang UMNO yang tidak yakin kepada hukum-hukum Islam.
KEDUA
Tafsiran Sebenar Ayat 74 Surah An-Nisa’
Oleh itu , orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan Akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam) . dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan , maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
TAFSIRAN PAS MENGENAI AYAT 74 SURAH AN-NISA’
Yang membawa risalah Islam di Malaysia hanyalah parti Pas. Dan parti Paslah yang berjuang untuk menegakkan Islam, sebab itu orang-orang Pas dianggap mengutamakan akhirat. Adapun orang-orang UMNO ia menentang Islam. Jikalau orang Pas mati tetap mendapat pahala seterusnya mendapat Syurga.
KETIGA
Tafsiran Sebenar ayat 75 Surah An- Nisa’
Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tdak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama islam) dan (untuk menyelamatkan) orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami ! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihak –Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihak -Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).”
TAFSIRAN PAS MENGENAI AYAT 75 SURAH AN-NISA’
Kenapakah orang-orang Islam di malaysia tidak mahu berjihad di jalan Allah untuk menyelamatkan orang-orang Islam yang ditindas oleh keerajaan Barisan nasional (dari segi hukum Islam dan harakah islamiah).
KEEMPAT
Tafsiran sebenar ayat 76 Surah An-Nisa’
Orang yang beriman , berperang pada jalan Allah; dan orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan) . Oleh sebab itu , perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu akan lemah.
TAFSIRAN PAS MENGENAI AYAT 76 SURAH AN-NISA’
Orang-orang PAS dianggap beriman kerana mereka berjuang di jalan Allah. Dan orang-orang UMNO dianggap tidak beriman dan mereka berjuang di jalan Taghut (kebangsaan).
KELIMA
Tafsiran Sebenar Ayat 77 Surah An-Nisa’
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (daripda bertindak melancarkan perang yang belum didizinkan) dan dirikanlah sembahyang xerta berikanlah zakat”. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berprang, tiba-tiba sepuak dianatara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, mengapa engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)?. Mengapa engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaiatu akhir hayat kami)? “ Katakanlah (wahai Muhammad) : “Mata benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun”
TAFSIRAN PAS MENGENAI AYAT && SURAH AN-NISA”
Pas memberi perangsang kepada pengaal keselamatan atau pengawal peribadi pemimpin Pas agar jangan takut berjuang melawan UMNO.
KEENAM
Tafsiran sebenar Ayat 84 Surah An-Nisa’
Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela islam dari pencerobohan musuh), engkau tidak diberati selain dari kewajipanmu sendiri. Dan berilah perangsang kepada orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang yng kafir itu. Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatan-Nya dan Amatlah berat azab seksa Nya.

TAFSIRAN PAS MENGENAI AYAT 84 SURAH AN-NISA’
Nabi Muhammad s.a.w. sudah wafat , yang tinggal sebagai pengganti Nabi membawa risalahnya di Malaysia ini ialah pemimpin PAS, oleh itu kami pemimpin PAS selaku pengganti Nabi s.a.w. mengajak tuan-tuan dan memberi perangsang agar berjihad di jalan Allah.
KETUJUH
Tafsiran Sebenar Ayat 85 Surah An-Nisa’
Sesiapa yang memebrikan syafaat yang baik, nescaya ia akan memeproleh bahagian(pahala) daripada Nya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk,nescaya ia kaan mendapat bahagian (dosa) dariapdanya . dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
“syaffat yang baik” di sini maksudnya: memberi bantuan dan turut berjuang membela Islam. “syafaat yang buruk” pula maksudnya: perbuatan belot memihak kepada musuh. (tafsir al- Maraghi, 5:109).
TAFSIRAN PAS MENGENAI AYAT 85 SURAH AN-NISA’
Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh Malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum musyrik)*, mereka ditanya oleh Malaikat dengan berkata : “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi : “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkanm kamu berhijrah dengan bebas padanya? “ Maka orang yang demikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam , dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.