PAS DI SEBALIK RUSUHAN BATU BURUK
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
KHALID DENGAN BANGGANYA BERGAMBAR DENGAN PENYOKONG PAS YANG KONONNYA TERCEDERA SEWAKTU RUSUHAN.BERAPAKAH YANG DIBAYAR OLEH KHALID KEPADA REMAJA INI?TIADA YANG PARAH PUN ?????
ANGGOTA POLIS INI DISERANG OLEH 20 ORANG PEMUDA PAS YANG MERUSUH SEHINGGA MENGANCAM NYAWANYA.LIHAT WAJAH ANGGOTA BERKENAAN YANG LUKA TERUK.SIAPAKAH YANG KEJAM. PAS YANG MENGHALALKAN PEMBUNUHAN SESAMA ISLAM.
OLEH : PENULIS TAMU MUTIARA MELAYU.
Pada 10 September 2007 yang lepas , rakyat di seluruh Malaysia dikejutkan dengan satu peristiwa yang jarang berlaku di negara kita iaitu rusuhan dan membakar Jalur Gemilang di Kuala Trengganu. Kejadian itu bukan sahaja melibatkan kerosakan harta benda tetapi turut mencederakan anggota polis dan orang awam .
Peristiwa ini hanya berpunca daripada ketidakpuashati penyokong parti pembangkang kerana tidak diberikan permit bagi perhimpunan dan ceramah parti pembangkang . Mengikut maklumat PDRM , permit tidak dikeluarkan kerana tempatnya kurang sesuai tambahan pula berdekatan dengan perumahan pegawai kerajaan dan istana yang boleh menggangu ketenteraman awam . Persoalannya, mengapa penyokong pembangkang boleh bertindak diluar jangkauan undang-undang dengan merempuh sekatan, membaling pelbagai objek termasuk bom molotov, kayu, besi, botol dan batu.? Yang paling menyedihkan ada rakyat sanggup menbakar Jalur Gemilang merupakan Lambang Kedaulatan Negara yang kita cintai, yang kita naikkan Bendera Jalur Gemilang ini 50 tahun lalu menggantikan Union Jack .
Apa yang berlaku ini bukanlah satu budaya kita khususnya orang Melayu yang terkenal taat setianya kepada negara . Adalah malang sekali di saat kita meraikan 50 tahun kemerdekaan negara kita , peristiwa ini berlaku bagi menunjukkan masih ada lagi rakyat yang tidak kenal erti bersyukur dan menghargai kemerdekaan yang kita perolehi .
Selepas peristiwa ini , telah timbul pulak pelbagai andaian dan tuduhan kepada kerajaan dan PDRM seolah-olah , peristiwa ini semua adalah provokasi kerajaan dan PDRM yang telahpun dirancang . Inilah tuduhan yang sentiasa dilemparkan oleh pihak pembangkang kalau melibatkan penyokong mereka, tidak akan meletakkan sesekali kesalahan ini terhadap penyokong mereka dan kepada pemimpin mereka yang tidak dapat mengawal penyokong mereka . Kita masih ingat lagi peristiwa seperti ini , rusuhan yang dicetuskan oleh gerakan reformasi pembangkang tahun 1999 yang jugak dipersalahkan kepada kerajaan dan PDRM sedangkan yang merosakkan harta awam bernilai jutaan ringgit adalah dari penyokong dan pemimpin pembangkang . Adakah kita sebagai rakyat akan terus dapat mempercayai segala tohmahan ini sedangkan pihak PDRM yang bertungkus lumus menjaga ketenteraman awam dilupakan begitu sahaja.
Kita sebagai rakyat mesti menghalusi setiap maklumat yang diperolehi terutama apa yang disampaikan oleh pimpinan pembangkang yang cuba mengalihkan kesalahan yang dilakukan untuk mengaburi rakyat dengan pelbagai spekulasi dan andaian yang menunjukkan merekalah di pihak yang benar. Kalau tahun 1999, pihak mereka boleh lakukan rusuhan besar-besaran di Kuala Lumpur adalah tidak mustahil apa yang berlaku di Trengganu dirancang teliti terutamanya angin pilihanraya semakin dekat . Mengapa dilakukan di Trengganu ? Kerana mereka melihat kekuatan Kerajaan BN Trengganu sekarang ini terlalu kuat untuk mereka tumbangkan dan tiada isu lagi untuk dilemparkan kepada kerajaan Trengganu yang berjaya bangunkan Trengganu dengan begitu cemerlang berbanding dengan kerajaan di bawah pemerintahan mereka dulu. Jadi atas dasar terdesak untuk mencetuskan ketidakpuashati dan isu kepada rakyat , maka strategi rusuhan ini dilakukan agar pimpinan pembangkang boleh gunakan platform ini untuk menyalahkan kerajaan dan PDRM . Dengan ini , harapannya rakyat akan simpati kepada parti pembangkang dan menyokong mereka untuk pilihanraya akan datang.
Natijah rusuhan ini memberi kesan buruk yang sangat besar kepada rakyat dan negara. Apa tidaknya , harta benda awam rosak nilainya ditaksirkan RM 1 juta , kalau tidak berlaku sudah tentu duit ini boleh didermakan ribuan fakir miskin di bulan Ramadhan, kecederaan kepada anggota PDRM dan rakyat , keyakinan pelabur asing akan terjejas , anggota polis terpaksa membuang masa menyelesaikan masalah ini sehingga terjejas menumpukan kerja lain, dan pelbagai tohmahan dan tuduhan disebarkan ke seluruh dunia melalui pelbagai media terutama internet pasti diterima oleh kerajaan dan PDRM kerana yang mencetuskannya penyokong pihak pembangkang .
Kalaulah diimbau kembali peristiwa rusuhan ini , apalah salah PDRM yang telah mengikut prosedur yang ada , telah meminta diubah tempat , ikut proses perhimpunan yang telah ditetapkan , tapi tidak diendahkan seolah-olah cuba mencabar pihak PDRM melakukan sesuatu terhadap mereka . Selama ini adakah pihak pembangkang tidak tahu prosedur malahan seingat kita permit diberi tanpa halangan oleh PDRM kepada parti pembangkang lebih banyak berbanding tidak diberi permit . Kalaulah hanya sebab ini sahaja, penyokong pembangkang hendak mengamuk dan melakukan rusuhan , menjadi kebimbangan kita sebagai rakyat Malaysia betapa emosional dan ketidakmatangan dalam politik boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda awam. Situasi ini bukan budaya kita di Malaysia berbanding negara-negara lain yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang membangun seperti Malaysia .
Marilah rakyat Malaysia merenungi sejenak apa yang telah diperolehi atas keprihatinan, kesungguhan dan keikhlasan oleh kerajaan dan PDRM . Bila emosional dan fanatik menguasai diri , kita lupa pengorbanan Kerajaan Dan PDRM selama ini , kita aman damai bergerak ke sini ke sana, kita boleh berkeluarga dan didik anak-anak, kita boleh cari rezeki di mana sahaja , anak-anak boleh ke sekolah tuntut ilmu dengan selesa , kita boleh menyembah Tuhan Yang Maha Esa di bulan Ramadhan dengan khusyuk, kita boleh beribadah dengan khusyuk , kita boleh lena senyenyak-nyenyaknya, apa lagi yang tenteram dan damai ada di Malaysia yang kita cintai . Tapi agak malang sekiranya bibit-bibit ancaman suasana ini telah mulai berputik di Trengganu semula, jasa dan pengorbanan jarang dihargai oleh pihak pembangkang yang telah dinikmati sama keamanan ini. Yang sentiasa di bibir-bibir mereka tanamkan kebencian walauapapun kepada kerajaan dan PDRM buat demi memastikan keuntungan politik mereka . Untuk rakyat semua , adakah kita mahu kehidupan kita ini sentiasa dipenuhi kehidupan harian dengan budaya rusuhan , budaya membaling batu, bom molotov,kayu,besi, budaya rosak harta awam, dan menyedihkan lagi membakar Jalur Gemilang. Ini bukan budaya kita , jangan kita hampiri dan cemarinya buat selama-lamanya .