feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS MAIN WAYANG LAGI

ATAS NAMA MAJMUK MENIRU CARA UMNO
DAHULU PAS MENENTANG PERSEMBAHAN TARIAN SINGA DAN NAGA.KATANYA TARIAN KAFIR.

DENGAN SENYUMAN NASARUDDIN MELANCAR KEMPEN 'PAS For All' DAN PELANCARAN BULETIN 'Ren Men Shi Shi' online, YANG DADAKAN DI IBU PEJABAT PAS

MENGIMBAU SEJARAH PEMBOHONGAN PAS

Perkara yang amat pelik ialah Harakahdaily mengagungkan Allahyarham Dr Burhanuddin Al Helmy sehingga menenggelamkan nama Tunku Abdul Rahman. PAS mahukan sejarah dirombak semula kerana Dr Burhanuddin salah seorang pejuang kemerdekaan. Tetapi PAS terlupa bahawa Dr Burhanuddinlah yang menentang Tunku dan berceramah ke sana sini menyatakan Tunku membawa kafir masuk dan menentang pemberian taraf kerakyatan kepada Cina dan India.

Yang peliknya sekarang, atas nama undi, PAS akhirnya ingkar cakap pengasasnya dan kononnya berbaik dengan kaum Cina dan India atas nama undi. Inilah sikap cakap tak serupa bikin. Jelas macam orang munafik. Mana boleh percaya, sebuah parti yang jelas kata semua orang kafir dan Cina dan India ialah kaum pendatang, tiba-tiba nak berbohong dengan kaum India dan Cina atas nama undi. Fikirkanlah......