MOTIVASI BUAT AHLI UMNO PULAU PINANG
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
UMNO MENJADIKAN ISI KANDUNG AL QURAN SEBAGAI INTIPATI PERJUANGAN.TETAPI PAS MENJADIKAN AL QURAN SEBAGAI RETORIK SEMATA-MATA.BETAPA HINANYA PAS MEMPERALATKAN AL QURAN
MENERUSKAN AGENDA PERJUANGAN SEBUAH BANGSA DAN AGAMA.ITULAH UMNO

YAKIN KEPADA PERJUANGAN UMNO
Wahai ahli-ahli dan juga penyokong UMNO, keputusan anda memilih dan menyokong UMNO sebagai parti siasah untuk diri anda adalah satu tindakan yang bijak yang tidak bercanggah dengan ajran Islam. Perjuangan UMNO berada di landasan Islam yang betul iaitu menurut Al-Quran dan As-Sunnah.
Pada dasarnya UMNO berjuang mempertahankan "Hak Ketuanan Melayu". Dalam perlembagaan Negara Malaysia, bangsa Melayu adalah ditakrifkan sebagai berketurunan Melayu dan beragama Islam, dan sekiranya seorang itu tidak beragama Islam ianya bukanlah orang Melayu. Oleh itu Hak Ketuanan Melayu adalah Hak Ketuanan Islam. Seterusnya Hak Keistimewaan orang Melayu adalah Hak Keistimewaan orang Islam. Oleh itu asas perjuangan UMNO adalah Islam, iaitu untuk kebajikan umat Islam.
Tulisan seterusnya akan menyangkal dakwaan Parti PAS bahawa UMNO menentang Islam, sebagai contoh kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam iaitu MCA dan MIC. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh UMNO adalah menurut perjalanan dan sunnah nabi Muhammad SAW. Di zaman permulaan kerajaan Islam di Madinah, Rasulullah SAW dan pihak Yahudi telah mengadakan satu ikatan perjanjian persahabatan dan persekutuan menetapkan adanya kebebasan beragama. Inilah yang telah dilakukan oleh UMNO dengan mengadakan perjanjian dengan orang bukan Islam di negara ini.
Seterusnya panduan serta dalil dari AlQuran dan Hadith juga akan diberikan mengapa parti PAS dan Keadilan harus ditolak. Disamping mengandungi keterangan tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan keIslaman seseorang, jenis manusia dan panduan apa yang perlu kita lakukan.
Harapan ialah agar ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO tidak lagi akan dapat diganggu gugat oleh dakyah PAS di mana mereka kerap menuduh UMNO bukan Islam, mengundi BN menjadi kafir dan sebagainya. Sebaliknya apa yang dilemparkan oleh penyokong PAS terhadap UMNO akan kembali kepada mereka sendiri seperti dalam sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith bermaksud:
Abu Dzarr r.a telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang memanggil seorang dengan kalimat: Hai kafir, atau Musuh Allah, padahal yang dikatakan itu tidak demikian, maka akan kembali pada dirinya sendiri. (Bukhari, Muslim)
Seterusnya, di antara UMNO dan PAS, siapakah yang akan membawa pengikutnya ke Neraka, juga akan diterangkan. Sama-samalah kita ambil iktibar.Semoga seluruh ahli UMNO Pulau Pinang dapat memanfaatkan blog Mutiara Melayu Pulau Pinang demi kepentingan sebuah perjuangan.