PROVOKASI PEMBANGKANG:PAS BAKAR BENDERA


Heboh di dalam semua laman web pembangkang khususnya PAS dan PKR tentang isu FRU mengawal rusuhan di Pantai Batu Buruk , Terengganu. Pembangkang telah memainkan isu ini secara besar-besaran. Antaranya ialah polis guna peluru hidup dan polis guna provokasi bakar bendera. Cuba para pembaca perhatikan gambar individu yang membakar bendera. Jelas dia ialah penyokong kuat pembangkang. Bayangkanlah kawan-kawan disekitarnya yang baru lepas merusuh membiarkannya membakar Jalur Gemilang.Sekiranya si pembakar bendera tadi orang lain, maka sudah tentulah mereka akan memukul atau mengejar lelaki berkenaan. Oleh kerana kawan mereka sendiri, maka mereka akan biarkan. PAS dan PKR tidak perlu berbohong lagi. Pembohongan pembangkang kali ini tidak berjaya. Allah tetap bersama hambanya yang benar