feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS SELEWENGKAN FIRMAN ALLAH


PAS MENTAFSIRKAN AYAT 97 SURAH AN-NISA’
Ayat suci ini mendedahkan perbuatan segolongan orang Islam penduduk Mekah yang tidak mahu keluar berhijrah dan mengambil bahagian berjuang membela islam daripada ancaman musuh, kerana mereka hanya Islam pada zahirnya saja. Dengan sikap mereka yang sedemikian, mereka telah menganiaya diri sendiri dan dimurkai Allah kerana mereka rela ditindas oleh kaum kafir musyrikin. Dan di Malaysia ini pula , maka parti UMNOlah yang tidak memerintah mengikut perundangan Islam, oleh itu sesiapa yang menyokong UMNO maka orang-orang itulah tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam , lantaran mereka menzalimi diri sendiri kerana tidak berjihad.

TAFSIRAN SEBENAR AYAT AYAT 97 SURAH AN-NISA’
Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh Malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik) *, mereka ditanya oleh Malaikat dengan berkata : “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu ?” Mereka menjawab:”Kami dahulu adalah orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi:”Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang yang demikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam, dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
PAS MENTAFSIR AYAT 98 SURAH AN- NISA’
Yang dimaafkan oleh Islam tidak ikut serta berjuang bersama PAS ialah golongan kanak-kanak , orang perempuan dan orang yang benar-benar uzur sahaja.
TAFSIRAN SEBENAR AYAT 98 SURAH AN-NISA’
Kecuali orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak , yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah)

PAS MENTAFSIR AYAT 100 SURAH AN- NISA’
Ayuh! Marilah kita berjuang bersama-sama dalam parti PAS yang dimaksudkan berhijrah ini sesuai di Malaysia ialah kita pergi ke tempat ceramah PAS , walaupun kita tidak mempunyai pangkat dan kekayaan, Allah berjanji akan meluaskan rezeki kerana kita termasuk dalam golongan yang membela agama Islam dan seandainya kita mati pada waktu berjuang dalam parti PAS, Allah akan masukkan kita ke dalam syurga Nya.

TAFSIRAN SEBENAR AYAT 100 SURAH AN-NISA’
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan rasulnya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

PAS MENTAFSIR AYAT 104 SURAH AN-NISA’
Walaupun kita orang-orang PAS merasa cemas melawan UMNO , kerana maklum sajalah UMNO mempunyai kerajaan yang esar, tetapi mereka pun terasa cemas juga menghadapi kita. Kita tetap mendapat syurga, adapun UMNO tetap mendapat neraka.

TAFSIRAN SEBENAR AYAT 104 SURAH AN-NISA’
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu, sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balsan yang baik pada hari Akhirat kelak) . dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Wallah hu a'lam