feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KECELARUAN KEPIMPINAN PAS


KECELARUAN ISTILAH. NIK AZIZ BUKAN MAIN SUKA MAIN DENGAN ISTILAH SEPERTI DOA BALA, CELAKA BLOGGER, DI BOLEHKAN DLL.
SINDIRAN NIK AZIZ KEPADA MANTAN KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS KELANTAN YANG DOK GILA POLIGAMI.YANG HALAL BOLEH BERTUKAR JADI HARAM ..EEE...
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat membidas sikap lelaki Kelantan yang gemar berpoligami semata-mata mahu memeras keringat dan harta isteri mereka tanpa berusaha menunaikan tanggungjawab sebenar mengikut Islam. Beliau berkata, kejahilan membuatkan ramai lelaki Melayu di negeri itu berpoligami hingga menyebabkan isteri menjadi mangsa akibat deraan seks dan dijadikan sumber pendapatan. "Penyakit yang berlaku di Kelantan... suami berkahwin nak memuaskan nafsu, nak rebut peluang kerana isteri pangkat dan gaji besar. Dia (suami) duduk saja, tidak peduli kepada tanggungjawab, sebaliknya hidup dengan harta isteri. Suami seperti ini masuk neraka. Islam beri peringatan yang jelas kepada suami. "Ramai wanita Kelantan keluar kerja tetapi orang lelaki (suami mereka) berada di kedai kopi dan bersembang. Pendapatan isteri digunakan tanpa rasa malu sedangkan Islam mewajibkan nafkah zahir menjadi tanggungjawab lelaki sebagai menjaga hak wanita yang menjadi isteri mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan pejabat baru Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, di sini semalam. Turut hadir Exconya, Wan Ubaidah Omar.