feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KEADILAN BAGI DAP PENANG IALAH JANGAN BANTU ORANG MELAYU

pada masa sekarang pun bantuan zakat ada yang disampaikan oleh pemimpin dap seperti yang berlaku di jawi seberang perai selatan.lepas ni, ustaz elyas boleh bagi kafir la serah bantuan zakat
Demi membantu sekolah-sekolah yang tidak mendapat bantuan penuh daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM5.8 juta dalam Bajet tahun 2010 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh bagi meningkatkan kemudahan fizikal dan pembangunan sekolah. Ini adalah tambahan RM 1.3 juta untuk Bajet 2010 kepada RM 5.8 juta berbanding dengan RM 4.5 juta dalam Bajet 2009 untuk 124 sekolah rendah Cina, menengah jenis kebangsaan dan sekolah mubaligh. Tambahan RM 1.3 juta dalam keadaan ekonomi gawat dan dana kewangan berkurangan menunjukkan komitmen kerajaan negeri membangunkan mutu pendidikan. Ia adalah penting agar Pulau Pinang dapat mengekalkan kelebihan modal insan terlatih supaya dapat bersaing di pentas antarabangsa. Pada masa yang sama, tambahan RM250,000 diperuntukkan kepada 28 buah Sekolah Tamil dan 17 buah Sekolah Agama Rakyat daripada RM 1.5 juta dalam Bajet 2009 kepada RM 1.75 juta dalam Bajet 2010 menjadi keseluruhannya RM 3.5 juta.