feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

HADIAH GUAN ENG 2010.DIMANAKAH SEKOLAH AGAMA???


Permohonan Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Untuk SJK (C), SMJK & Sekolah Mubaligh 2010

Peruntukan sebanyak RM5.8 juta dalam Bajet tahun 2010 Kerajaan Negeri kepada Sekolah Rendah Cina SJK(C), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh boleh dipohon mulai hari ini. Borang Permohonan dan Garis Panduan Peruntukan Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2010 dihantar ke 124 buah sekolah di Pulau Pinang pada hari ini. Pihak sekolah yang berminat juga boleh muat turun borang seperti dibawah:

1. Garis Panduan Permohonan [ Bahasa Malaysia Bahasa Cina ] > Klik untuk muat turun.
2. Borang Permohonan > Klik untuk muat turun.
3. Surat Permohonan Peruntukan [ Bahasa Malaysia Bahasa Cina ] > Klik untuk muat turun.
Demi membantu sekolah-sekolah yang tidak mendapat bantuan penuh daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM5.8 juta dalam Bajet tahun 2010 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh bagi meningkatkan kemudahan fizikal dan pembangunan sekolah. Ini adalah tambahan RM 1.3 juta untuk Bajet 2010 kepada RM 5.8 juta berbanding dengan RM 4.5 juta dalam Bajet 2009 untuk 124 sekolah rendah Cina, menengah jenis kebangsaan dan sekolah mubaligh. Tambahan RM 1.3 juta dalam keadaan ekonomi gawat dan dana kewangan berkurangan menunjukkan komitmen kerajaan negeri membangunkan mutu pendidikan. Ia adalah penting agar Pulau Pinang dapat mengekalkan kelebihan modal insan terlatih supaya dapat bersaing di pentas antarabangsa.
Pada masa yang sama, tambahan RM250,000 diperuntukkan kepada 28 buah Sekolah Tamil dan 17 buah Sekolah Agama Rakyat daripada RM 1.5 juta dalam Bajet 2009 kepada RM 1.75 juta dalam Bajet 2010 menjadi keseluruhannya RM 3.5 juta. Tambahan peruntukan ini menunjukkan penekanan kerjaan negeri ingin memperbanyakkan peluang pendidikan supaya dapat melipatgandakan para profesyenal agar dapat menjana transformasi kepada sebuah ekonomi berteraskan ilmu pengetahuan. Prosedur pengagihan peruntukan untuk sekolah Tamil akan diuruskan oleh YB P Ramasamy dan Sekolah Agama Rakyat oleh YB Abdol Malek seperti sistem tahun lepas. Untuk 124 buah sekolah Cina dan mubaligh akan diuruskan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam YB Chong Eng mengenai prosedur begini. Sekolah berkenaan boleh menghubungi pemimpin tersebut.
Mulai hari ini, pihak sekolah boleh membuat permohonan menerusi Jawatankuasa Penyelaras Hal-ehwal Sekolah Cina Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh YB Puan Chong Eng, Ahli Parlimen merangkap Pengerusi jawatankuasa tersebut. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Januari 2010 Pertambahan sebanyak RM 1.3 juta peruntukan pada tahun 2010 menunjukkan petanda baik serta komitmen Kerajaan Negeri terhadap kepentingan pendidikan di negeri Pulau Pinang khasnya dan negara kita amnya. Menerusi pengalaman Kerajaan Negeri pada tahun lalu, peruntukan pada tahun ini juga akan memberi keutamaan mengikut keperluan sekolah. Pihak sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Penyelaras Hal-ehwal Sekolah Cina Negeri Pulau Pinang sekiranya memerlukan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri.
Demi kepentingan pendidikan rakyat jelata, Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan ke atas setiap permohonan mengikut keperluan masing-masing. Semua peruntukan akan disalurkan ke Akaun Lembaga Pengarah Sekolah atau Akaun PIBG bagi Sekolah Mubaligh yang tidak mempunyai Lembaga Pengarah. Justeru, sekolah-sekolah yang ingin memohon bantuan perlulah merujuk kepada Garis Panduan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sementara menunggu surat daripada pihak Jawatankuasa, pihak sekolah bolehlah melayari laman rasmi Kerajaan Negeri www.penang.gov.my untuk mengetahui maklumat lanjut serta membuat persiapan awal bagi menyediakan dokumen berkaitan .
Borang Permohonan dan Garis Panduan juga boleh dimuatturun menerusi laman web rasmi Kerajaan Negeri. Sila hantarkan dan/ atau emelkan borang permohonan kepada Jawatankuasa Pendidikan Negeri sebelum 18 Januari 2010. Alamat: Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, KOMTAR, 10502 Pulau Pinang. Emel: ngpaikkheng@penang.gov.my/ ngpaikkheng@gmail.com.
APA DAH JADI PAS????INIKAH UMAR ABDUL AZIZ ALA GUAN ENG? INIKAH KEADILAN?INIKAH INTERGRITI?INI NAMANYA PELAK DAN HARAMJADAH.....