feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SYUKUR ALHAMDULILLAH KERAJAAN BAGI DUIT RAYA .GRED PROFESIONAL ?


Bantuan khas Aidilfitri

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kerajaan mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam kumpulan sokongan bagi membantu mereka menghadapi Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata, bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini.


Menurutnya, bantuan khas kewangan itu akan memanfaatkan 860,000 kakitangan awam dalam kumpulan tersebut. “Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran tersebut adalah sebanyak RM430 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Perdana Menteri menambah, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persediaan persekolahan hujung tahun ini.


p/s : persoalan yang bermain di fikiran kakitangan awam gred profesional :

1. adilkah habuan yang diberikan hanya kepada kumpulan di bawah gred 41. bukankah kumpulan gred sokongan yang ramai menyokong dan memberi undi kepada pakatan rakyat?adilkah kerajaan menggunakan konsep keadilan parti keadilan rakyat?

2. apakah ini gambaran tabung kewangan negara menghadapi masalah yang amat rumit ?

3. apakah ini hadiah pertama tok jib kepada golongan kakitangan awam gred profesional?

4. sesungguhnya mewakili sekalian penjawat awam, cuepacs perlu memperjuangkan nasib pekerja awam secara sama rata. kalu tidak hj osman boleh la jadi penasihat kepada pkr.

apapun bersyukur tetap bersyukur. cuma pertimbangan moral perlu dibuat secara bersama.biar semua merasai keperitan bersama kerajaan. janganlah hanya gred profesional sahaja yang bersama kerajaan. gred sokongan membangkang kerajaan.