feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERMATANG PASIR : HUSAM MULA MENYERANG NASRUDDIN MAT ISA ( UPDATE)

SEBERANG PRAI: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap pengendali blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz, yang didakwa telah menerbitkan artikel menjejaskan nama pemimpin itu.



Kes itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin.

Peguam Nasharudin, Ahmad Edham Mohamad mengesahkan kes itu difailkan dengan tuntutan melibatkan RM10 juta.

"Kes difailkan selepas tiada apa-apa respons positif daripada pengendali blog itu yang telah diberikan notis sebelum ini."Mungkin dalam dua minggu ini notis saman akan dikemukakan kepada beliau," kata beliau ketika dihubungi.

Rencana itu dikatakan antara lain melaporkan yang Nasharudin melobi mendapatkan projek perumahan dan pembalakan di Kelantan.Nasharudin yang mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS awal Jun lalu juga telah menjadi sasaran kritikan berhubung isu idea perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS-Umno.


P/S : KEMANAKAH PERGINYA HUSAM DI PERMATANG PASIR?KENAPA HUSAM TIDAK TURUN BERKEMPEN?BERBEZA DENGAN HUSAM BERKEMPEN UNTUK KES TEOH?KICDIFELLA IALAH BUDAK SURUHAN HUSAM SEJAK DARI DULU SAMAPI SEKARANG.DILAPORKAN SELEPAS PILIHANRAYA INI, HUSAM AKAN MENYERANG NASRUDIN DALAM KEADAAN KADAR SEGERA BAGI MEASTIKAN KARIER NASRUDIN TERKUBUR MENJELANG PILIHANRAYA KE 13.