feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

BUKAN UMNO SAHAJA,, PAS PUN BERSAMA-SAMA GADAI ISLAM

mahfuz kumpulan erdogan yang bakal ditumbangkan kelak.

Demi politik, Najib gadai Islam

Irwan Muhammad Zain Mon Apr 27, 09 2:59:35 pm MYT




KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Demi 'survival' politik, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam. Keputusan kabinet yangmembenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jela Umno sanggupmengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu. ( masa umno buat tindakan pas kata gadai islam.yang pas jual islam secara lelong pada dap tu apa? bukan gadai islam.quran ditafsir oleh kafir tanpa usul sebenar.apa dah jadi ini.murtad diperjuangkan oleh pas melalui liberalisme beragama .)


Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya. "Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam. "Mereka (Umno) menuduh kita (PAS) mengadaikan agama di Perak bila memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru yang terdiri masyarakat Cina dan juga kepada sekolah Cina sedangkan apa yng kita lakukan itu adalah demi keadilan yang dituntut oleh Islam," tegas beliau. ( umno dan pas sama-sama nak gadai islam demi nak ambil sokongan kafir.tapi yang paling banyak gadai islam ialah umno.hudud tak mau buat.negara islam bukan perjuangan.ternakan babi perlu dikembangkan, kafir boleh mainkan quran. Allah boleh dipermainkan dan banyak lagi)


Mahfuz juga menegaskan keputusan kabinet itu bertentang dengan pasal 12(4) perlembagaan persekutuan yang mengizinkan salah seorang ibubapa menentukan agama anak. Keputusan tersebut tegas beliau menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan. Mahfuz juga menegaskan keputusan kebinet itu mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama. Sehubungan dengan itu beliau mendesak agar kerajaan segera membatalkan keputusan tersebut untuk menghormati perlembagaan negara. ( sapa yang nak? kalau islam bersatu, tak mungkin perkara ini berlaku.tapi oleh kerana pas yang buka laluan dahulu, maka tak salah umno meneruskan agenda pas memusnahkan islam)


Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Mohd Khir yang dipertanggung jawabkan menjaga hal ehwal agama Islam agar segara tampil membuat pembelaan dalam isu ini. Pada 23 April lalu, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada tarikh tersebut ( hang dulu mahfuz pi serang dap yang guna quran ikut suka mak bapak.usul tafsir pun dia tak tahu.bacaan salah. tafsir pun salah.hukum mandatori jer orang yang memainkan quran)