feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

29/3/09 SEJENAK BERSAMA EZAM


LOKASI : KG PAK DARUS, TAMAN KAYA
PEMIMPIN YANG HADIR :
Ezam Mohd Nor bekas Ketua Pemuda Keadilan ,Hamizon Kamaruddin, bekas s/u Pemuda Keadilan ,Lokman Adam bekas Exco Pemuda Keadilan ,Datuk Rosli Husin, ADUN Trong
INTIPATI CERAMAH :
1.mempersoalkan pelbagai kelemahan dan kebimbangan mereka pada Pakatan Rakyat terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Darihal DSAI/PKR yang dikatakan menyokong Sisters in Islam sehinggakan melibatkan spekulator kewangan tersohor iaitu George Soros.
2. Murshidul Am PAS juga dipersoalkan dalam kes Elizabeth Wong, yang mana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Wong kerana privasi gambar separuh bogel. Mereka berempat menggunakan lori sebagai pantas menyelar Pakatan Rakyat yang cuba menjual Melayu demi kepentingan kaum lain.
3.Reformasi hanya boleh dijalankan oleh mereka yang memegang kuasa dan pihak kerajaan sekarang yang mentadbir lebih mampu menjadikan Malaysia lebih baik, daripada pihak Pakatan Rakyat yang hanya melaung reformasi di jalanan.
4.Menyeru penduduk Bukit Gantang bangun mempertahankan Islam dan Sultan dengan mengundi Barisan Nasional.
berpeluh juga blogger dengar ceramah puak-puak ni.