feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

USTAZ AZIZAN DAN SEKUTUNYA GILA HARTA.


GLC Kedah nampaknya ditadbir oleh orang-orang lain yang berkepentingan peribadi, dan banyak perkara yang dilaksanakan tidak menguntungkan rakyat mahupun PAS sendiri.Mungkin kelompok Che Had dan “KJ” Kedah menganggap YB-YB dan Exco PAS yang lain tidak tahu apa-apa, maka sebab itulah semua projek yang melibatkan perbelanjaan besar hanya dikuasai oleh kelompok ini sahaja.Dalam beberapa minggu satu projek iaitu Digital Audio Broadcasting (DAB) dijangka akan dilaksanakan di satu kawasan di Kedah.Projek ini merupakan satu inisiatif untuk memodenkan penyiaran dalam bentuk digital, seperti radio yang dipancarkan untuk orang awam. Kelebihannya DAB ini ialah ia lebih berkualiti dan dapat menghantar teks-teks kepada penerima berbanding dengan pancaran radio biasa yang menghantar suara semata-mata.Projek ini juga dirancang oleh tangan dibelakang iaitu “KJ” Kedah dan orang-orang beliau. Ia melibatkan perbelanjaan sehingga RM10 juta ringgit. Siapa yang menentukan nilai harga projek ini? Siapa yang memantaunya? Apakah harga sebenar projek ini? Tidakkah ianya berharga RM6 juta sahaja? Selebihnya “untuk” siapa?YAB MB tentunya hanya akan mendapat laporan yang baik-baik saja kerana yang membuat laporan adalah orang yang membuat “kerja” tersebut.Oleh itu, jika YAB MB mementingkan kesejahteraan rakyat, janganlah telan saja apa yang “KJ Kedah” laporkan walaupun beliau merupakan bekas menantu YAB.Tok ingin menyeru agar dibuka peluang sebegini kepada lebih ramai pemimpin-pemimpin PAS agar wujud lebih ketelusan, jangan hanya kepada menantu dan orang sekeliling beliau sahaja.Dalam projek DAB ni, sepatutnya ditunjangi oleh YB Abdullah Jusoh, Exco Pendidikan dan ICT, tapi YB Abdullah macam disisihkan saja.Kepada YB Taulan,YB Abdullah Jusoh dan YB Phahrolrazi, cuba-cuba lain tanya sama apa urusan “KJ Kedah” ni sampai semua urusan GLC nak didalanginya.
Cuba lihat kadar nilaian yang dikenakan oleh Jurunilai Bersekutu Baru a.k.a Darulaman Aset Sdn Bhd.:
Nilai Pasaran %Yuran Yuran RM
RM100,000 0.25% 250.00
RM1,900,000 0.20% 3,800.00
RM5 Juta 0.17% 8,000.00
RM8 Juta 0.125% 10,000.00
RM35 Juta 0.10% 35,000.00
RM50 Juta 0.07% 30,000.00
Blogger tak sanggup nak kira semua harta anak syarikat PKNK, tetapi jika nilaian dibuat, Yuran yang perlu dibayar kepada Darulaman Aset a.k.a. Jurunilai Bersekutu (Baru) melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit. Duit ini bermakna duit Rakyat yang dibelanjakan kepada sesuatu yang tak perlu.Inilah bukti jelas manipulasi harta rakyat oleh PAS Kedah.