feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MB KEDAH SUMBANG RM 10 000, BAHAM BERAPA PULUH RIBU?

SUMBANG 10 RIBU DAPAT BERPULUH RIBU.
KISAH TERSURAT


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.azizan abdul razakPotongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.


KISAH TERSIRAT YANG ORANG TAK TAHU.



Tok ingin bertanya, sebagai tanda komitmen terhadap ketelusan, boleh kah rakyat tahu berapa banyakkah pengurusan dan ahli lembaga pengarah GLC dalam negeri Kedah yang telah dilantik oleh pentadbiran baru.Juga perkaitan ahli-ahli lembaga pengarah tersebut dengan YAB Menteri Besar? Adakah perkaitan tersebut merupakan perkaitan politik atau perlantikan dilebihkan kepada saudara mara dan sahabat?


Contohnya, Yusrin, bekas menantu MB sendiri, berapakah anak syarikat GLC Kedah yang mana beliau menyandang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah. Juga berapakah lagi syarikat yang beliau menjadi pengarah de facto, yang mana beliau hadir dan mengawal agenda mesyuarat walaupun tidak tersenarai sebagai ahli lembaga pengarah?Bila Tok bagi contoh tu, maknanya ramai lagi la yang dilantik berdasarkan konsep perlantikan macam Yusrin dan Che Had ni.


Tidakkah ramai lagi AJK Dewan Pemuda Pas Negeri dan Pas Negeri yang lebih layak untuk diletakkan dalam GLC. Kenapa jawatan-jawatan ini tidak diedarkan secara lebih adil? Tok tau la, Kedah Agro dah buat sampai tujuh anak syarikat baru (fuhh, banyak tu), siap lantik Pengarah Urusan siap-siap untuk agih pada orang-orang PAS lain, tapi anak-anak syarikat yang baru tubuh ni tak bawa hasil sekupang pun, dapat la kot elaun sedikit sebanyak. Mungkin adil untuk orang PAS (cukup la untuk tutup mulut, kesian kat depa), tapi tak adil untuk rakyat.Begitu juga, bolehkan MB dan orang-orang beliau mengishtiharkan jumlah pendapatan mereka melalui elaun-elaun sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah dalam GLC-GLC.Rakyat nak lihat adakah ada pengurangan dalam pengagihan elaun sebagai langkah berjimat cermat, contohnya elaun MB sebagai Pengerusi PKNK?


Agak pelik bilamana dalam keadaan Kedah yang tidak berduit, imbuhan tambahan baru pula diwujudkan oleh PKNK (baca MB dan Ahli lembaga Pengarah PKNK sendiri) kepada diri sendiri (pengerusi (MB) dan lembaga pengarah) melibatkan ratusan ribu ringgit.Kalau tak percaya, tanya Ketua Eksekutif PKNK, Dato’ Rahman, tak gitu Dato’? Tapi Dato’ pun tumpang sama, takkan nak hebah kot.PKNK bukanlah syarikat persendirian milik individu, MB dan kerajaan hanya diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga PKNK dengan baik, bukan mengambil peluang meratah PKNK.Jika ketelusan yang dilaungkan, paparkanlah kepada rakyat, berapa ratus ribu dihabiskan hanya untuk ELAUN TAMBAHAN kepada Pengerusi dan Ahli lembaga pengarah yang bukan pekerja sepenuh masa pun di PKNK.


Malah kebanyakannya mempunyai jawatan lain yang juga berpendapatan tinggi.[ELAUN TAMBAHAN bermakna elaun-elaun yang biasa tu semua dah dapat dah, tapi tak cukup kot, itu yang ditambah lagi sebanyak ratusan ribu ringgit]Tok tidak mahu memaparkan jumlah tersebut walaupun Tok mempunyai maklumat lengkap, Tok hanya mampu katakan, jumlahnya sangat besar dan tidak sepadan dengan PKNK yang hidup segan mati tak mahu.


ULASAN : PAS LEBIH TAMAK HARTA DAN KUASA.PAS BAKAL MENUJU KEHANCURAN KERANA TERIKUT DENGAN AMALAN PERANG UHUD.HARTA ADALAH UTAMA DAN AKHIRNYA PAS KEDAH AKAN DIBELI DENGAN WANG.MB MENYUMBANG RM 10 000 TAPI BERAPA YANG MB DAPAT DISEBALIKNYA?PARA PEMBACA BOLEH TAHU SENDIRI.