feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

USTAZ AZIZAN BILA BERKUASA LUPAKAN NASIB RAKYAT

PI MANA USTAZ AZIZAN?DOK GAWAT LAGI PASAL GLC KA?




Lebih 700 mangsa banjir di lima daerah dipindahkan

ALOR STAR: Banjir di Kedah semakin buruk semalam apabila lebih 700 penduduk di daerah Kota Star, Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.Daerah Kota Star paling teruk dilanda banjir apabila 319 penduduk dari 74 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan selepas air Sungai Anak Bukit melimpah kawasan kampung di sekitar Gunung Keriang.Di Kubang Pasu, 268 penduduk daripada 64 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan. Mereka yang dipindahkan adalah dari Kampung Lubuk Batu, Tok Keong, Lahar Dalam, Kelubi Luar dan Sungai Keroncong apabila Sungai Lubuk Batu melimpah.Sementara itu, di Padang Terap, 120 penduduk daripada 35 keluarga dari Kampung Kuala Pai, Tanjung Putus, Malau dan Kubang Lintah terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan di kampung masing-masing.


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Padang Terap berkata, paras air di Sungai Kuala Nerang berada pada paras 17.43 meter, lebih 0.4 meter dari paras bahaya.Tiga kampung di daerah Pokok Sena, Kampung Bukit Derang, Bukit Hijau dan Padang Temusu turut dilanda banjir semalam menyebabkan 100 penduduk dari 48 keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau.Di daerah Kota Star, 35 penduduk daripada sembilan keluarga masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah apabila Kampung Alor Senjaya dinaiki air sejak kelmarin.Beberapa kawasan di daerah Pendang mula dinaiki air dan sehingga semalam sekeluarga empat beranak dipindahkan ke pejabat penghulu mukim Guar Kepayang.Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Abdul Rahim Salleh, menafikan agensi itu melepaskan air dari Empangan Pedu dan Muda yang menyebabkan sungai melimpah.


Banjir yang berlaku di Kedah sekarang membuatkan ramai penduduk yang dikawasan rendah berhati-hati. Banyak kawasan yang ditenggelami air. Hujan lebat berlaku setiap petang selama hampir seminggu lepas. Waktu begini ramai ahli politik mengambil kesempatan untuk menziarahi kawasan masing-masing tidak kira pemerintah negeri atau pembangkang negeri. Alhamdulilah setiap kunjungan membawa rezeki kepada mangsa banjir. Paling kurang RM 50.00. Ada yang suka tangkap gambar untuk dimasukkan dalam akhbar.Tapi yang menghairankan kenapa MB Kedah tak balik dari dari urusan kerja diluar negara. Walau pun bukan bencana besar di Kedah tapi hati rakyat yang telah memilih untuk memerintah kena jaga. Orang kampung rasa dengan kapasiti VIP tu, beliau boleh mengambil tiket untuk pulang dengan segera. Biarlah ketua pembangkang yang pergi ke sana makan angin. Dia tak pa sebab dia dok buat macam itu lah dia kalah dalam PRU 12 dulu. Jaid untuk mengambil hati rakyat ini, Dato' Ustaz kena balik segera untuk menziarahi mangsa banjir. Orang kampung dok tunggu bila dia nak balik.