feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KERAJAAN NEGERI SELANGOR GAGAL.KADAR KEMISKINAN MENINGKAT

GELAK DAN KETAWA TAN SRI KHALID MEMPERMAINKAN RAKYAT SELANGOR.
DIRGAHAYU NEGERIKU.SEMOGA ALLAH SELAMATKAN SELANGOR DARIPADA TERUS DIMAIN OLEH KHALID, TERESA, RONNIE LIU, XAVIER DAN HASSAN ALI.MEREKA IALAH PENENDER HARTA RAKYAT.
Tindakan kerajaan negeri menaikkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dari RM731 kepada RM1,500. menyebabkan peningkatan kadar kemiskinan sebanyak 30 peratus di Selangor. Walaupun kenaikan PGK itu dilihat baik, ia tidak berlaku seperti mana yang diharapkan ekoran tiada usaha untuk menangani masalah kemiskinan dilakukan oleh kerajaan negeri. "PGK naik, tetapi gaji tidak naik. Kenyataan Khir Toyo "Saya rasa ada pegawai Menteri Besar tergolong dalam kumpulan ini termasuklah guru-guru di Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang mana gaji mereka tidak dinaikkan," katanya. Bajet kerajaan negeri kali ini yang disifatkan tidak memberi tumpuan menjaga kebajikan rakyat termasuk mengurangkan kemiskinan. Bajet yang dibentangkan hanya menumpukan tidak sampai 10 peratus janji kepada rakyat seperti mana yang dinyatakan oleh kerajaan negeri sebelum ini. Antara yang disentuh hanyalah Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas), bekalan air percuma 20 meter padu pertama, hadiah anak masuk ke universiti dan Tabung Mesra Usia Emas. Bagaimanapun, lebih 20 janji lagi dalam manifesto yang dibuat pada pilihan raya umum lalu tidak dinyatakan dalam bajet kerajaan negeri.