feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

LITAR MAT REMPIT BUKTI PAS LIDAH BERCABANG


KOTA BHARU 29 April (Utusan)- Kerajaan negeri menyifatkan langkah untuk mewujudkan sebuah litar lumba motosikal khusus bagi menangani kegiatan lumba haram oleh mat rempit bukan suatu pembaziran.Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya ia merupakan usaha positif bagi membolehkan mat rempit meluahkan perasaan dan dididik supaya tidak menyusah dan mengancam orang lain.Beliau berkata, litar tersebut akan diwujudkan di Tanah Merah bagi menggantikan cadangan tapak asal bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.“Budak-budak ini mempunyai ke-luarga dan kalau benda buruk berlaku, ibu bapa mereka akan susah, polis dan bomba terpaksa kerja keras bagi menahan mereka dan membantu yang cedera dalam kemalangan.“JKR (Jabatan Kerja Raya) pula terpaksa membaiki jalan atau penghadang jalan yang rosak akibat dirempuh,” katanya.Nik Abdul Aziz berkata demikian semasa menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.Cadangan mewujudkan litar khas bagi mat rempit pernah diumumkan pada 20 November 2002 oleh Nik Abdul Aziz sendiri dengan lokasi awalnya di tapak seluas 28 hektar di Pengkalan Chepa."

ULASAN :

Pengumuman Nik Aziz untuk membina litar lumba bagi Mat Rempit merupakan satu cadangan yang memakan diri beliau sendiri. Dahulu sewaktu Kementerian Belia dan Sukan ingin membina litar lumba bagi Mat Rempit, soldadu PAS menentang dan menyindir UMNO yang katanya tindakan tersebut akan memperbanyakkan lagi masalah sosial. Sekarang PAS merestui masalah sosial mat rempit agar terus menular. Selepas ini tidak mustahil PAS akan menghalalkan hadiah wanita untuk peserta mat rempit.Allah Maha berkuasa dan akhirnya nilai sikap pemimpin PAS terpampang sudah.