feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MUSLIMAT PAS KEDAH TUNTUT JANJI, BUKTI KEPIMPINAN PAS PEMBOHONG

SUMBER : HARAKAHDAILY

Muslimat Kedah gesa kerajaan negeri segera laksanakan cuti bersalin 90 hari
Izwan Abdul Halim Sat Apr 19, 08 11:07:13 am MYT

YAN, 19 April (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah digesa melaksanakan segera cuti bersalin 90 hari sebagaimana yang terkandung dalam manifesto Kedah Sejahtera. Gesaan itu dilahirkan oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (DMPNK) selepas selesai mengadakan program Brainstorming DMPNK bersama Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan selama dua hari di Kem Kenari Nature Park dekat sini baru-baru ini. "Di samping cuti bersalin, kami juga menggesa kerajaan negeri melaksanakan segera cuti iddah untuk kakitangan wanita yang kematian suami. Kita rasa ia dapat disegerakan kerana tidak melibatkan belanja," demikian menurut Timbalan Ketua DMPNK, Zakiah Baharom. Menurut Zakiah lagi, pihaknya juga memohon agar kerajaan negeri dapat mengeluarkan pekeliling untuk kakitangan wanita Islam supaya menutup aurat.