feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

DEMI KUASA, PAS BUANG PRINSIP PERJUANGAN ISLAM

Berikut ialah kenyataan Haji Hadi Awang sewaktu perbincangan penubuhan Pakatan Rakyat:


Menurut Hadi persoalan mengenai agama Islam tidak menjadi isu utama dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai pakatan tiga parti itu. "Jangan jadikan Islam sebagai isu, Islam adalah agama dan dalam Islam kita diajak bermuafakat bagi apa jua perkara...gunakan panduan itu dalam politik juga," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya Selasa yang dihadiri oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Lim pula berkata pakatan itu banyak belajar daripada kesilapan ketika Barisan Alternatif diwujudkan pada tahun 1999 menyebabkan ia tidak kukuh kerana mesej perjuangan kurang jelas.
RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS
Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: “Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.
KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :
Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini. Kalau dulu cita-cita lslam itu dapat dilaksanakan, maka tidak ada sebab mengapa kita ketinggalan. Maka dengan dorongan ini, dan dengan kepercayaan bahawa hanya dengan ajaran lslam, dengan dasar hidup lslam itu sahajalah kita boleh selamat, maka inilah sebabnya kita percaya kepada pergerakan kita, kepada persatuan kita sendiri.

“Kita mahu merdeka sama seperti orang lain, kita mahu makmur sama seperti orang lain, kita mahu sama rata sama seperti orang lain. Akan tetapi semuanya itu, kemerdekaan kita, kemakmuran kita, dan sama rata kita, semuanya kita mahu dilingkungi oleh hukum-hukum lslam, oleh kebijaksanaan yang dipesan oleh Allah SWT dan oleh Nabi Muhammad SAW”. Prof. Zulkifli Mohamad
KESIMPULAN :
DEMI PKR DAN DAP, PAS DI BAWAH PIMPINAN HJ HADI AKAN MENGORBANKAN PRINSIP DAN UNDANG-UNDANG TUBUH PARTI PAS SENDIRI.AHLI PAS DAN PENYOKONG PAS YANG MAHUKAN ISLAM, SEDARLAH BAHAWA TIADA LAGI PERJUANGAN DAN SYARIAT ISLAM DI DALAM PAS.PERJUANGAN HUDUD BUKAN LAGI MAKE UP BUAT PAS.