PAS TERENGGANU MENGELABAH BERUK BILA ABANG MUSTAFA ALI MASUK UMNO
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Bukan menjadi satu yang menghairankan apabila orang terapat dengan pemimpin PAS masuk menyokong UMNO. Heboh di dalam Harakah daily dan tidak kurang juga di dalam blog Pro PAS yang menyatakan bahawa UMNO ditipu kerana abang Mustafa Ali sememangnya sudah ahli UMNO. Persoalan yang timbul sekarang ialah, bukannya UMNO tetapi mengapa PAS yang panas punggung? Kalau benar pun abang Mustafa Ali sudah menjadi ahli UMNO, ini bererti perjuangan Mustafa Ali dalam PAS memang tidak dapat diterima oleh abang dan ahli keluarganya sendiri. Ada orang PAS mengaitkan cerita bapa saudara Nabi SAW yang juga tidak masuk Islam, walaupun dia menjaga Nabi SAW.Orang PAS cuma menyamakan Mustafa Ali dengan Nabi SAW dalam cerita ini. Apapun, jika yang terkena itu PAS, mereka akan sedaya upaya untuk menghalalkan segala perbuatan terkutuk pemimpin mereka dengan sirah Nabi SAW. Mereka bacul sehingga sanggup menjual maruah Islam.Semoga Mustafa Ali tidak terus mendapat sawan GILA...