feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KAFIR , MUNAFIK DAN HJ HADI


Artikel di dalam HarakahDaily bertajuk "PAS boleh lantik orang Cina jadi menteri' yang disiarkan pada 7 Februari 2008. PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana berkongsi kuasa dengan MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN yang bukan daripada kalangan umat Islam. Hujah mereka berdasarkan ayat al-Quran, surah Ali-Imran:ayat 28 yang dibaca separuh : Terjemahan tersebut : “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin yang lain. Barangsiapa yang berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah…” Tetapi apakah hukuman kafir kepada UMNO itu benar kerana apa pula rasional PAS apabila mereka bekerjasama dengan DAP? Adakah tuduhan kafir kerana bekerjasama atau berkongsi kuasa dengan DAP juga kembali kepada PAS berdasarkan tuduhan kafir PAS kepada UMNO hanya kerana bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti komponen lain di dalam BN? Hadi juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hudud hanya 0.0001 peratus dari Islam apabila PAS gagal melaksanakan hudud setelah mereka memenangi Kelantan dan Terengganu. Inilah padah apabila suka mengkafirkan orang. Akhirnya Hj Hadi yang menjadi munafik dengan bercakap macam orang gila dan berdolak dalik.