feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

JANGAN KITA LUPA KARPAL SINGH (DAP)MENGHINA YANG DIPERTUAN AGONG

BEGITU MUDAH KARPAL MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU
KARPAL SINGH INSAN YANG TIDAK TAHU MALU TINGGAL DI MALAYSIA
SUMBER : ARKIB BERNAMA
KUALA LUMPUR: Anggota parlimen DAP Bukit Gelugor Karpal Singh menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini apabila beliau mempertikaikan titah perasmian persidangan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 19 Mac lalu.Beliau berkata Seri Paduka langsung tidak menyentuh usaha kerajaan memerangi rasuah di dalam titahnya.Datuk Mohamed Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) yang tidak berpuas hati bangun dan meminta pengerusi DAP itu meneliti terlebih dahulu ucapan Seri Paduka sebelum membuat sebarang tuduhan."Yang Berhormat (Karpal) jangan membuat tuduhan yang tidak berasas, Bukit Gelugor (Karpal) tidak membaca sepenuhnya titah ucapan baginda. Cuba Bukit Gelugor lihat muka surat 12, para ke-40 yang mana Seri Paduka bertitah dan ia berbunyi usaha mamanda Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu disokong oleh semua anggota perkhidmatan awam dan semua lapisan masyarakat."Mohamed Alwi berkata menghapuskan rasuah dan penyelewengan bukanlah mudah, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk menolak daripada memberi atau menerima rasuah.Beliau meminta Karpal Sing menarik balik kenyataan yang dianggap tidak menghormati Seri Paduka sebagai ketua negara.Karpal Singh bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dengan berkata apa yang dititahkan oleh Seri Paduka itu bukan merupakan pandangan peribadi, sebaliknya ia dibuat oleh kerajaan."Tuanku Mizan tidak memberi pandangan peribadi mengenai soal banteras rasuah, semua orang kena faham bahawa Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat eksekutif," katanya.Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) berkata Karpal Singh tidak memahami perlembagaan negara di mana Seri Paduka sebagai ketua negara, perlu dihormati dan tidak seharusnya dilemparkan dengan tuduhan tidak berasas."Seri Paduka adalah payung negara, Yang Berhormat tidak menghormati Tuanku Mizan, saya berharap anda tarik balik kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya.Keadaan bertambah panas apabila Karpal Singh berkeras dan ia diredakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Yusof Yaacob yang meminta Karpal Singh membahaskan topik lain.