feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SIRI TIGA : WAYANG ANWAR BERCORAK YAHUDI

Anwar sendiri bersahabat dengan musuh PAS dan UMNO.PAS dikritik hebat oleh DAP.
Anwar mula tersilap langkah apabila cara dan tindak tanduknya yang berbekalkan cara Yahudi mula dihidu oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Anwar memang jelas menyerang PAS sewaktu menjadi TPM dan sebenarnya sehingga sekarang Anwar masih lagi menyerang PAS. Politik Anwar cukup licik. Beliau kononnya bersama-sama menyerang kerajaan dan UMNO sebagai lambang bahawa beliau menjiwai cara pembangkang. Namun, yang tersiratnya beliau sendiri mengeluarkan kenyataan untuk menjadi PM. Tindakan ini tidak disenangi oleh PAS sendiri. Sikap bongkak Anwar menyebabkan tergurisnya hati kumpulan ortodoks dalam PAS. Anwar secara berterus terang memperkecilkan kewibawaan kepimpinan PAS sebagai saf terkuat menyerang kerajaan. Anwar nampak, bahawa kaedah matlamat menghalalkan cara boleh diserapkan ke dalam PAS. Akhirnya, kepimpinan muda PAS seperti Nasaruddin sendiri mengakui kehebatan Anwar dan mereka bersetuju menyerahkan kuasa kepada Anwar. Inilah nilai kebodohan melampau PAS. Apapun, permainan Anwar untuk menjual maruah Melayu dan Islam semakin terbongkar. Bermula dengan kenyataan beliau bahawa tuntutan Hindraf itu perlu demi menjaga maruah kaum India sehinggalah tindak tanduk beliau yang menyokong IFC secara tersirat.Mutiara Melayu Pulau Pinang akan terus membongkar siapakah Anwar?